KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini bertukar wajah apabila dihias ceria bagi meraikan Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Dari pintu masuk sehingga ke pintu keluar, PPV tersebut dipenuhi dengan belon dan ruang gambar yang berkonsepkan kanak-kanak.
Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, inisiatif itu dilakukan bagi mewujudkan suasana berbeza berbanding pemberian vaksin untuk golongan dewasa.
"Sudah tentu apabila melihat kepada kanak-kanak kita harus memperlihatkan ekosistem keceriaan dengan corak dan juga kaedah khususnya bagi memastikan kanak-kanak yang datang meraikan suasana kanak-kanak.
"Lebih-lebih lagi mereka akan datang dengan ibu bapa dan sudah tentu, suasana kondusif ini, pihak WTCKL telah berusaha dalam memastikan pertamanya, coraknya berbeza dengan dewasa dan dengan suasana keceriaan yang berunsurkan kanak-kanak," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Selain itu, Irmohizam berkata WTCKL turut menyediakan laluan khas bagi memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin.
Ia bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan, dan memberikan keselesaan buat kanak-kanak.
"Suasana di sini amat selamat, kerana dari segi pengudaraan pun saya telah dinyatakan banyak kali bahawa sistem pengudaraan berada di tahap kesihatan yang amat baik, berasaskan laporan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Kementerian Kesihatan (KKM)," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata, PPV tersebut akan memberikan suntikan kepada 600 kanak-kanak sehari melalui tiga stesen penganjur penjagaan kesihatan (HCO).
Irmohizam turut mengingatkan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka agar tidak berada terlalu lama di PPV WTCKL bagi mengelakkan kesesakan.
PICKids disasarkan kepada 4.1 juta kanak-kanak dilaksanakan bermula di Lembah Klang sebelum ia diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.
Hasimi Muhamad
Thu Feb 03 2022
![PICKids: PPV Integrasi WTCKL dihiasi belon, 'photo booth' Upin Ipin PICKids: PPV Integrasi WTCKL dihiasi belon, 'photo booth' Upin Ipin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41643882984_PICKIDS.jpg)
Suasana di dalam PPV WTCKL yang dihiasi dengan belon bagi mewujudkan suasana berbeza berbanding pemberian vaksin untuk golongan dewasa. - Gambar Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732178919_JemaahHaji.jpg)
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.
![Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724425922_TBsingapore.jpg)
Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.
![Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan' Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.
![Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741845_LukanismanAwangSau.jpg)
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
![Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738055574_TBzahidhamidi.jpg)
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.
![Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720071429_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
![Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737611806_KEMENTERIANKESIHATA.jpg)
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
![Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737455902_TBDZULKEFLYSIDANGMED.jpg)
Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.
![KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736855413_tbDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.