KUCHING: Operasi memburu dua lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Transit Penerimaan (PTP), Penjara Puncak Borneo diteruskan 24 jam dengan skop pencarian meliputi kawasan perumahan penduduk.
Menurut Ketua Operasi daripada Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) Penjara, Insp. Hamzah Hamdan, operasi tersebut akan diteruskan sehingga berjaya melibatkan tiga unit anggota penjara dan empat unit 'Tiger Platoon' Pasukan Gerakan Am.
Ia bagi membantu pihak penjara melakukan operasi pencarian di kawasan hutan.
“Kita akan melaksanakan operasi ini sehingga berjaya dan selepas tempoh 24 jam kita akan tunggu arahan selanjutnya sementara bersedia untuk membuat kawalan perimeter terutama di laluan keluar masuk kampung meliputi kawasan belukar dan hutan,” katanya ketika ditemui semasa operasi di Kampung Sinar Baru di sini hari ini.
Setakat ini, operasi pencarian dilakukan dalam radius lima kilometer di kawasan hutan meliputi kawasan kediaman penduduk di perkampungan Sinar Baru, lokasi dua tahanan sebelumnya ditahan.
“Pihak penjara akan fokus kepada pencarian di kawasan yang mempunyai penduduk dan kawasan hutan pula kita serahkan kepada PGA. Tetapi pada masa yang sama, kita turut membantu mereka kerana terdapat juga rumah penduduk terletak di kawasan kebun dan perlu diperiksa,” jelasnya.
Difahamkan operasi tersebut melibatkan 45 anggota penjara bagi menjayakan pencarian 24 jam.
“Setakat ini, kita gerakkan 15 orang dalam satu unit penjara dan selebihnya kita perlukan kawalan di pusat melibatkan unit-unit lain, antaranya di bahagian tugas-tugas am dan di bahagian unit pemulihan serta pejabat rekod,” katanya.
Terdahulu, empat tahanan berjaya melarikan diri dari PTP Puncak Borneo sekitar jam 5.11 petang Khamis dan dua daripadanya berjaya ditangkap di kawasan hutan berhampiran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada hari yang sama.
Salah seorang tahanan yang masih bebas merupakan warganegara Indonesia dengan Seksyen Kesalahan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Jul 02 2021

Hamzah berkata, operasi tersebut diteruskan melibatkan tiga unit anggota penjara dan empat unit 'Tiger Platoon' Pasukan Gerakan Am. -Gambar Astro AWANI

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap
Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom,yang disyaki dicampak ke Sungai Padang Terap diteruskan.

Tragedi Everest: SAR Hawari diteruskan di kawasan ceruk, jejaki telefon bimbit
Operasi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, diteruskan di kawasan ceruk, selain menjejaki telefon bimbitnya.

Kuari runtuh: Cebisan pakaian, tulang disyaki milik mangsa kedua ditemui, operasi mencari ditamatkan
Operasi mencari di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, ditamatkan hari ini.

Operasi SAR cari lelaki warga emas hilang
Setakat ini mangsa belum ditemui dan difahamkan penduduk kampung turut sama membantu mencari mangsa yang hilang.

Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei ditangguh
Setakat jam 10 pagi, aset menyelamat belum lagi dapat dikeluarkan atas faktor hujan dan keadaan sungai.

Kemalangan Jambatan Tembila: Pikap ditemukan, pemandu masih hilang
Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan Shukri Wahab, 52, masih belum ditemui.

Nelayan warga emas dikhuatiri hilang di perairan Kuala Gula
Kehilangan mangsa, seorang warga tempatan, Chng Poh Chuan, 71, disedari adik iparnya apabila mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar ke laut.

Pekerja kebun sayur dikhuatiri tertimbus tanah runtuh
Akhund Md Ziarul, 37, disedari hilang oleh majikannya selepas tidak pulang ke rumah kongsi yang terletak dalam kawasan kebun sayur tidak jauh dari situ.

Datuk Bandar Seoul yang dilapor hilang ditemukan mati
Mayat Park Won-Soon ditemui berhampiran kawasan pergunungan Bugak di utara negara itu, lokasi terakhir isyarat telefonnya dikesan.

Bot karam perairan Merabung: Operasi SAR tetap diteruskan walau ombak kuat
Seramai 12 anggota PPM menggunakan tiga buah bot ronda dihantar bagi menjalankan pencarian enam mangsa yang masih hilang.