KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membantah percubaan Datuk Seri Gopal Sri Ram untuk berhujah sendiri dalam permohonan Rosmah bagi melucutkan kelayakannya sebagai pendakwa utama dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
Peguam Rosmah, Mohamed Reza Rahim memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa ia mungkin melibatkan konflik kepentingan kerana Sri Ram adalah subjek dalam kes ini.
"Ia juga melanggar Peraturan 5 Profesion Undang-undang (Amalan dan Etiket) 1978. Kami amat terkejut apabila rakan saya (Sri Ram) memutuskan untuk membuat 'pusingan U'," katanya sambil menambah bahawa pasukan pembelaan tidak sedar mengenai perkara itu (Sri Ram sendiri akan berhujah).
Sri Ram pula membalas bahawa beliau telah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk berhujah dalam kes berkenaan.
"Saya menerima arahan daripada Ahmad Akram (Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib) petang tadi dan arahan itu datang daripada Peguam Negara. Beliau (Ahmad Akram) berkata beliau akan berasa selesa jika saya berhujah sendiri dalam kes saya ini.
"Ia bukan soal kemampuan Ahmad Akram. Namun saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan," kata Sri Ram.
Hari ini ditetapkan untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan hilang kelayakan itu oleh isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahkamah juga akan mendengar permohonan kedua Rosmah supaya Mohamed Zaini menarik diri dan menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kelayakan hakim itu.
Hakim Mohamed Zaini menangguhkan prosiding hari ini dan menetapkan esok untuk mendengar semua perkara berkenaan.
Ini adalah kali kedua Rosmah memfailkan permohonan terhadap Hakim Mohamed Zaini - yang juga mendengar perbicaraan berkaitan kes rasuah melibatkan hibrid solarnya - menolak permohonan untuk menarik diri daripada mendengar perbicaraan pada 14 Dis.
Pada 27 Jan lepas Rosmah menfailkan notis usul bagi membatalkan kelayakan Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.
Dalam afidavit sokongannya, Rosmah mendakwa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah bertindak di luar bidang kuasanya apabila melantik Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan untuk mengetuai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat.
Rosmah berkata selepas meneliti surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai timbalan kanan pendakwa raya bertarikh 21 Mei 2021, mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah, beliau mendapati pelantikan itu tidak merujuk kepada kesnya.
Beliau berkata jika mahkamah berpendapat bahawa Idrus telah bertindak secara teratur selaras dengan kuasa berkanunnya, Sri Ram masih bukan individu yang "layak dan sesuai" untuk mendakwa kes itu.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Bangunan Getah Asli cawangan, Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017, dan di LHDN di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022

Peguam Rosmah, Mohamed Reza Rahim memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa ia mungkin melibatkan konflik kepentingan kerana Sri Ram adalah subjek dalam kes ini. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.