KUALA LUMPUR: Peningkatan jumlah ancaman siber yang canggih susulan penggunaan perisian maju seperti deepfake dalam kalangan scammer memerlukan langkah perlindungan yang dipertingkat bagi melindungi transaksi awam.
Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Derek John Fernandez berkata kerajaan boleh memberi peluang untuk perlindungan dengan menawarkan pilihan tempoh bertenang lebih lama kepada mereka yang melakukan transaksi kali pertama ke akaun tidak diketahui bagi jumlah tertentu.
Beliau berkata peraturan mudah seperti pengapungan selama 48 jam akan membolehkan mangsa yang mengesyaki wujud penipuan mempunyai masa mencukupi untuk menghentikan transaksi.
"Jika kita tidak mempunyai tempoh penimbal, wang itu akan dipindahkan ke akaun keldai dan orang ramai akan ditipu secara automatik.
"Saya percaya orang ramai harus diberi ruang untuk bernafas, sudah tentu lebih daripada 12 jam untuk memindahkan wang ke akaun lain yang melebihi jumlah minimum," katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Tahunan Pemimpin-Pemimpin Antipenipuan ke-2 yang berlangsung di sini hari ini.
Fernandez berkata kaedah mudah namun berkesan diperlukan untuk melindungi orang ramai daripada penipuan canggih yang juga mampu memangsakan individu dengan pengetahuan mengenai penipuan dalam talian.
Beliau turut mengakui kesemua kaedah ini mungkin tidak mampu menghapuskan semua risiko namun berpotensi melindungi sebahagian besar daripada traksaksi yang dilakukan.
Fernandez juga berkata integrasi keselamatan siber adalah komponen asas infrastruktur dan bukan hanya perbelanjaan operasi semata-mata.
"Tidak semua orang faham mengenai isu keselamatan. Keselamatan siber perlu dilihat sebagai perbelanjaan modal dan sebahagian daripada infrastruktur," katanya.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Fernandez turut menekankan peranan syarikat insurans dalam melindungi transaksi awam.
Beliau berkata agensi atau syarikat insurans boleh mengambil bahagian untuk memberikan perlindungan tambahan kepada orang ramai bagi setiap transaksi yang dilakukan dengan memastikan pampasan diberikan jika berlaku kesilapan.
"Mengapa syarikat insurans tidak menginsuranskan transaksi digital? Melalui setiap transaksi, jumlah yang kecil dimasukkan ke dalam akaun pusat yang ditadbir oleh bank negara dan jika apa-apa berlaku, pampasan akan diberikan kepada mangsa dalam kes yang sesuai.
"Ramai orang boleh dilindungi dengan cara begini," katanya.
Persidangan itu, yang berlangsung dua hari dari 3 hingga 4 Julai, disertai oleh lebih 46 pakar daripada pelbagai latar belakang seperti kewangan, perakaunan, pengurusan, keselamatan digital dan keselamatan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024

Fernandez berkata peraturan mudah seperti pengapungan selama 48 jam akan membolehkan mangsa yang mengesyaki wujud penipuan mempunyai masa mencukupi untuk menghentikan transaksi. - Gambar Bernama
AWANI Tonight: Govt considers congestion charges in major cities to ease traffic
The government is considering congestion charges in Kuala Lumpur, Georgetown and Johor Bahru to ease traffic in these cities, pending studies and Cabinet approval
AWANI Tonight: Malaysia Education Blueprint: Progress, challenges & the road ahead
As the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 nears its conclusion this year, Dr. Logendra Stanley Ponniah from Taylor’s University evaluates its achievements, remaining gaps and the way forward.

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru
Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen.

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

Jabatan Kesihatan Kelantan tutup lima premis jual makanan didapati kotor di Tumpat
Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan lima premis menjual makanan yang tidak memenuhi tahap kebersihan ditetapkan, ditutup selama 14 hari di sekitar Tumpat, semalam.

Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.

Utamakan pembinaan kepercayaan digital sebagai asas tangani ancaman siber - Gobind
Gobind berkata, dengan meningkatkan kepercayaan digital, Malaysia akan mampu bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.

Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber
Fernandez juga berkata integrasi keselamatan siber adalah komponen asas infrastruktur dan bukan hanya perbelanjaan operasi semata-mata.

Malaysia catat 57.8 juta serangan virus siber pada suku pertama - Fortinet
Malaysia juga menyumbang 1.14 peratus daripada jumlah serangan siber di seluruh dunia.

Singapura umum langkah tingkat keselamatan perbankan digital
Lembaga Kewangan Singapura (MAS) mengambil berat tentang siri penipuan baru-baru ini dan kerugian kewangan yang dialami mangsa.