KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan untuk mengkaji dan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) perlu selari dengan kebebasan bersuara di negara ini.
Menurut Penganalisis Keselamatan & Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, pindaan itu seharusnya tidak menekan dan menyalahkan pengamal media di negara ini, sebaliknya memberi penekanan mengenai pelanggaran prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
"Sekiranya akta ini dikaji semula pun ia tidak melihat kepada akta yang memberi bentuk penekanan menyalahkan media semata-mata tetapi lebih berbentuk keterbukaan namun tiada kompromi kepada mereka yang melanggar prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara.
"Kerana kita mahu pembelajaran itu datang daripada media kepada masyarakat. Di luar sana kadang-kadang kita pun merasa agak gelisah apabila berlaku pertelagahan dalam perbincangan tertentu," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Tambah Noor Nirwandy, disamping mengkaji dan menambah baik akta terbabit, jalinan kerjasama diantara kerajaan dan pengurusan media juga perlu diwujudkan.
"Terdapat regulasi perlu ditambah baik tetapi apa yang menjadi harapan kepada masyarakat khususnya kita mahu akta itu bersifat people centric, berkepentingan masyarakat dan ia harus adil.
"Ia harus dilihat kepentingan mengawal media secara kolektif dan pada masa sama memberikan media ruang untuk melaporkan perkara yang lebih kritis tetapi tertakluk kepada dasar Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan supaya tidak tersasar," katanya lagi.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam Sidang Dewan Rakyat pada hari ini menjelaskan kementeriannya bercadang untuk meminda Akta 588.
Bagaimanapun jelas Fahmi, pindaan itu bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuara.
Fareez Azman
Mon Feb 20 2023

Noor Nirwandy berkata pindaan Akta 588 perlu berkepentingan terhadap masyarakat dan tidak menekan kebebasan bersuara. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.

Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.

MITI sedia teliti pindaan Akta 525 bagi memperkasa industri REE
Langkah pindaan oleh NRES ini adalah penting bagi memastikan perundangan berkaitan mineral adalah terkini dan relevan.

Cuti kesihatan mental perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 - Pakar
Seorang pakar sumber manusia mencadangkan supaya cuti kesihatan mental mandatori, atau cuti tekanan perlu dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955 yang akan datang.

Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti, dipersetujui secara dwipartisan - Azalina
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bersedia mengusulkan pindaan terhadap akta itu, sepertimana dinyatakan Perdana Menteri Jumaat lepas.

UNICEF gesa pindaan untuk lindungi saksi kanak-kanak dalam sistem kehakiman Malaysia disokong
Usaha memastikan mangsa-mangsa yang muda boleh memberikan bukti terbaik mereka tanpa rasa takut atau dalam tekanan yang tidak sepatutnya.

Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.

Malaysia tidak meratifikasi UNCAT kerana libatkan pindaan akta sedia ada
Konvensyen itu menghendaki undang-undang negara tidak mempunyai elemen yang menyebabkan kesakitan teruk.

Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 akan dibentang tahun ini - Nancy
Selain menambah baik akta, pindaan itu selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak yang dikuat kuasa sejak 1 Sept tahun lepas.

Akta Komunikasi & Multimedia 1998: Nilai denda antara yang diteliti - Fahmi
Ketika ini denda yang ditetapkan tidak berubah sejak akta berkenaan diwujudkan pada 1998.