KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan (KKM) di peringkat akhir pindaan dan berharap usaha ini akan membantu kerajaan dalam memperkasa dan mengawal selia kedua-dua program berkenaan.
"Saya harap apabila semua sudah siap, semua pelatih boleh didaftarkan, bukan sahaja melibatkan mereka yang mengikuti PPP malah turut melibatkan pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sarjana tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Ampang hari ini.
Awal April lepas, Dr Dzulkefly berkata KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, pada Jun ini,
Ini bagi memastikan pakar perubatan yang telah menamatkan latihan mereka di bawah PPP akan didaftarkan dan diiktiraf.
Mengenai isu lain, beliau berkata sejak Februari lalu, kementerian merekodkan 10 kes melibatkan kos strok haba dan 32 kes keletihan melampau akibat cuaca yang panas di seluruh negara.
"Bagaimanapun, untuk penyakit berjangkit yang wujud kesan cuaca panas, kementerian belum ada merekodkan sebarang kes tetapi kita akan terus memantau situasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024
Dr Dzulkefly berkata KKM di peringkat akhir pindaan dan berharap usaha ini akan membantu kerajaan dalam memperkasa dan mengawal selia kedua-dua program berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
Syor gantung tugas ketua jabatan hospital terbabit gangguan seksual
Seorang Ketua Jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang digantung tugas susulan kes gangguan seksual ke atas doktor pelatih.