PUTRAJAYA: Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif untuk meneliti dan mengkaji semula cadangan serta pandangan yang telah dikemukakan sebelum ini berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata ini termasuk syor jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, sesi libat urus agensi kerajaan berkaitan serta pihak organisasi masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang sedang diteliti hendaklah mengambil kira kedudukan semua pihak yang terlibat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta kedaulatan undang- undang (rule of law) sentiasa diberi keutamaan.
"Proses ini perlu menitikberatkan aspek perundangan, oleh itu pindaan undang-undang yang berkaitan akan dimuktamadkan dengan segera memandangkan pindaan-pindaan ini dijadualkan untuk dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan yang akan datang", katanya dalam kenyataan, hari ini.
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 telah menggesa kerajaan mengambil langkah sewajarnya supaya kira-kira 1,327 banduan hukuman mati dikecualikan daripada hukuman tersebut selepas hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan dimansuhkan.
Ramkarpal berkata sebelum ini, sebanyak tujuh Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan akta pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori telah dibentangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang) di Dewan Rakyat pada 6 Okt tahun lalu.
Beliau berkata sebarang pindaan perlu dibentangkan semula pada sidang Parlimen yang akan datang berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt 2022.
"Kerajaan Perpaduan sentiasa komited terhadap pemansuhan hukuman mati mandatori dan yakin penyelesaian yang terbaik akan dilaksanakan terhadap 1,327 banduan hukuman mati demi memastikan kepentingan semua pihak akan diambil kira," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Ramkarpal Singh berkata ini termasuk syor jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, sesi libat urus agensi kerajaan berkaitan serta pihak organisasi masyarakat sivil dan NGO. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pindaan hukuman gantian mati mandatori dibentang pada sesi Parlimen akan datang
Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif untuk meneliti dan mengkaji semula cadangan serta pandangan yang telah dikemukakan sebelum ini berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.