KUCHING: Kejayaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan sebahagian hak Sarawak yang terhakis ketika memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merupakan antara sumbangan paling signifikan Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Wan Junaidi, kini Yang Dipertua Dewan Negara, berjaya mendapatkan kelulusan Parlimen untuk meminda Perkara 160 Perlembagaan bagi memasukkan Perjanjian Malaysia (MA63), Laporan Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
"Apabila Wan Junaidi memasukkannya (MA63, laporan Cobbold dan IGC) dan pindaan Perlembagaan itu diterima lebih daripada dua pertiga Ahli Parlimen untuk menjadi undang-undang, jadi hak-hak Sarawak dilindungi oleh Perlembagaan," katanya.
Berucap pada Majlis Interaksi dan Kesyukuran atas Pemasyhuran Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Dewan Negara di sini malam tadi, beliau berkata, pindaan tersebut menjelaskan lagi kedudukan Sarawak dalam Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Ia turut melibatkan pelaksanaan dasar pendidikan, keahlian dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri dan peruntukan kewangan khas tahunan untuk Sabah dan Sarawak.
Abang Johari berkata pelantikan Wan Junaidi untuk menerajui Dewan Negara pada 19 Jun lepas adalah atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan seseorang yang berkecuali untuk jawatan itu.
"Sebenarnya kami membantu Datuk Seri Anwar (kerana) kita dalam Sarawak berkehendakkan kestabilan. Kalau negara Malaysia ini aman, kerajaan yang stabil, tahap keyakinan tinggi, orang akan melabur ke Malaysia," katanya.
Wan Junaidi yang berucap sebelum itu berkata, pemilihan beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara merupakan satu penghormatan yang diberikan kerajaan Pusat kepada Sarawak.
Katanya, setelah mengambil keputusan untuk bersara daripada politik dan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, beliau tidak terfikir langsung akan diminta menyandang jawatan itu.
"Saya tolong bantu sedikit (sebagai Yang Dipertua Dewan Negara) dengan harapan kestabilan kerajaan Pusat akan mendapat pulangan ekonomi dan kebaikan kepada Sarawak," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Abang Johari (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Wan Junaidi pada Majlis Interaksi dan Kesyukuran atas Pemasyhuran Wan Junaidi sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, di Kuching, malam tadi. - Gambar BERNAMA
AWANI 7:45 [8/2/2025] – Sila hidup harmoni|Umum tempoh terdekat|Demi keluarga| Majikan tidak boleh halang
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Sudah lama kita hidup bersama, jangan wujud perkauman, titah Sultan Pahang
- Siapa T15? Data kena tepat, jangan terburu-buru
- Apa sahaja dalam tong sampah, rezeki bagi Pok Jani
- Tidak boleh tangguh, wajib lapor diri, PLKN 3.0
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
LPPB diminta ambil tindakan tuntas selesai teguran Jabatan Audit Negara
Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah mengarahkan tadbir urus agensi itu supaya mengambil tindakan tuntas untuk menyelesaikan teguran JANM.
Kelayakan Piala Asia: Pemain tempatan perlu sahut cabaran rebut tempat Harimau Malaya - Razman
Setiap pemain berpeluang mewakili negara menjelang pemilihan pemain untuk perlawanan pertama bertemu Nepal, 25 Mac depan.
Pemimpin Lubnan desak AS pastikan Israel berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan
Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati turut menuntut supaya kemusnahan sistematik bandar dan kampung dihentikan.
AWANI Ringkas: Majlis perayaan bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Cabul kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas 8 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Februari 2025
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
1️⃣ Perintah reman bomoh disambung enam hari
2️⃣ Terengganu rugi lebih rm40 juta tahun lalu
3️⃣ Indonesia rangka peraturan had umur, lindungi kanak-kanak
#awaniringkas
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
AWANI Borneo [8/2/2025] – 11 hari tidak surut|Siasatan projek mineral|Pelancaran satelit pertama Sarawak
Awani Borneo Sabtu, 8 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
- Projek mineral: Shahelmey beri kerjasama, serah tindakan lanjut kepada SPRM
- i-CATS diarah bekerjasama dengan pakar luar negara jayakan program pelancaran satelit
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 3,082 orang berbanding 3,454 orang sebelum ini.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.