KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dibentang di Parlimen tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tanpa penglibatan peranan pegawai perubatan berdaftar.
Bekas ketua pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, sebaliknya kuasa itu hanya bagi kes-kes rawatan dan pemulihan sukarela yang bertujuan mempercepatkan proses merawat pulih mereka yang terlibat dengan penagihan atau penyalah guna dadah serta bahan.
“Sebenarnya masih sama peranan pegawai perubatan seperti akta asal kecuali dalam perakuan untuk kes sukarela sahaja bertujuan mempercepatkan proses rawatan dan pemulihan.
"Ini bertepatan kerana pegawai pemulihan mempunyai kompetensi yang sesuai melalui latihan dan pensijilan khusus yang mereka perlu lalui,” katanya dalam satu hantaran akaun Facebook miliknya hari ini.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa pindaan RUU berkenaan tidak membabitkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan juga adalah sangat tidak wajar dan tidak tepat.
“Juga tidak tepat jika dikatakan tiada libat urus dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Semasa saya menjadi Ketua Pengarah AADK lebih empat tahun dahulu, kita telah memulakan libat urus dengan agensi-agensi lain dan NGO, yang saya difahamkan telah berjaya merealisasikan penambahbaikan dalam deraf terkini.
“Saya secara peribadi berpendapat usaha melengah-lengahkan pelaksanaan akta ini tidak sihat dan boleh merencatkan pencapaian dasar Dadah Terkawal 2025,” tegasnya.
Beliau menambah, cadangan pindaan RUU itu secara umumnya mengakibatkan tiada lagi sistem keadilan jenayah khususnya pemenjaraan terhadap penagih atau penyalah guna dadah serta bahan.
“Sebaliknya penagih dan penyalah guna dadah akan dirawat pulih berdasarkan tahap keparahan di fasiliti AADK kecuali bagi kes langgar syarat,” jelasnya.
Astro Awani
Fri Jul 05 2024

ZULKIFLI: Saya secara peribadi berpendapat usaha melengah-lengahkan pelaksanaan akta ini tidak sihat dan boleh merencatkan pencapaian dasar Dadah Terkawal 2025. - Foto X Zulkifli Abdullah
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

Dewan Rakyat lulus RUU Akta Penagih Dadah, iktiraf peranan pegawai pemulihan
Kelulusan RUU tersebut mampu memartabatkan peranan pegawai pemulihan AADK tanpa mengenepikan tanggungjawab pegawai perubatan.

Tidak semua doktor ada latihan diagnosis penagih
Tugas-tugas diagnosis masalah penagihan dadah bukanlah tanggungjawab hakiki yang perlu dilakukan pegawai perubatan.

Pindaan RUU Akta Penagih Dadah bawa semangat nyah jenayah penagih, penyalah guna
Beliau berkata perkara itu selari dengan prinsip kerajaan dan dunia menerusi United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

'Pindaan RUU APD 1983 tak beri kuasa penuh kepada pegawai pemulihan AADK'
Kuasa itu hanya bagi kes-kes rawatan dan pemulihan sukarela yang bertujuan mempercepatkan proses merawat pulih mereka yang terlibat dengan penagihan.