KUCHING: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan sinar di hujung terowong buat Sarawak.
Pengasas Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS), Wellie Henry Majang berkata DTTAS menyeru semua Ahli Parlimen tanpa mengira perbezaan fahaman politik bersatu hati menyokong pindaan RUU itu demi kesejahteraan rakyat selepas 58 tahun pembentukan Malaysia.
"Sudah tiba masanya negara Malaysia ini melangkah ke hadapan dan salah satu perkara yang harus diberi perhatian adalah untuk memperbetulkan semula MA63.
"Oleh yang demikian, untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia wajar dimulakan melalui pembentangan Rang Undang- Undang (RUU) Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: Perjuangan kembalikan semangat MA63 perkukuhkan hak Sarawak - Abang Jo
BACA: MA63: Sabah harap tuntutan diambil kira dalam RUU pinda Perlembagaan
Wellie berkata Perkara 1, klausa (2) yang asal telah dipersetujui pada 9hb Julai 1963 mesti dikembalikan kerana terdapat satu pengkelasan yang jelas mengenai wilayah-wilayah yang membentuk persekutuan Malaysia.
Pandangan beliau, pindaan itu memenuhi hasrat dan tujuan iaitu memberi pengiktirafan bahawa Sabah dan Sarawak bukan hanya negeri setara dengan mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi memulihkan statusnya sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia.
Tambahnya, bagi usul Pindaan Perlembagaan Persekutuan istilah ‘pribumi’ di bawah Perkara 161A pula, ia akan memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak untuk menentukan bumiputera di negeri ini.
“Pindaan Perlembagaan istilah pribumi di bawah Perkara 161A amat penting kerana definisi ketika ini adalah terhad dan tidak secara tepat menggambarkan perbezaan kumpulan-kumpulan anak negeri di Sarawak.
“Signifikannya juga pindaan definisi pribumi merupakan satu pengiktirafan kepada kaum-kaum yang ada di Sarawak kerana sehingga kini mereka dianggap sebagai kategori lain-lain.
BACA: Majlis MA63 setuju dengan cadangan pindaan kembalikan status Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu - Maximus
“Adalah sukar untuk untuk kategorikan seseorang kepada istilah ‘orang lain’ atau ‘lain-lain’ di negara ini kerana biasanya terdapat kategori kaum dalam dokumen rasmi,” ujar Wellie.
Beliau turut berharap hak-hak dan kuasa-kuasa autonomi yang diperuntukkan khas kepada wilayah Sabah dan Sarawak hendaklah sentiasa dipelihara malah ditambah baik selaras dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia satu Ketika dahulu.
“Prinsip dan asas persekutuan telah dimeterai untuk menyatupadukan kepelbagaian dalam kalangan ketiga-tiga entiti ini menggabungkan Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Kita juga menaruh harapan yang amat tinggi untuk melihat Malaysia yang adil, saksama dan bersatu padu,” katanya.
Alexandra Lorna
Mon Oct 25 2021

Wellie berkata Perkara 1, klausa (2) yang asal telah dipersetujui pada 9hb Julai 1963 mesti dikembalikan kerana terdapat satu pengkelasan yang jelas mengenai wilayah-wilayah yang membentuk persekutuan Malaysia. - Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pindaan RUU MA63 umpama sinar di hujung terowong buat Sarawak
Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan sinar di hujung terowong buat Sarawak.