MARANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan pihak yang memutar belit kenyataannya berhubung isu penutupan pintu pagar balai polis pada 10 malam sebagai sangat tidak bertanggungjawab.
"Semalam saya sebut tutup pintu pagar. Bukan tutup balai. Kalau ada orang nak buat aduan mesti petugas akan buka pagar. Ia tidak kompromi tugas balai untuk terima aduan, tapi dia punya spin itu sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, di sini semalam.
Pada Selasa di Parlimen, Saifuddin berkata pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas pukul 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram baru-baru ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan semalam berkata laporan polis masih boleh dibuat walaupun pagar balai polis ditutup selepas 10 malam sebagai langkah memperketatkan kawalan dan keselamatan.
KDN memaklumkan jawapan Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada Selasa secara prinsipnya merujuk kepada garis panduan dan langkah berjaga-jaga bagi balai yang berada dalam kategori berisiko terhadap ancaman.
"Tentunya tidak munasabah apabila kenyataan itu ditafsirkan semula oleh sesetengah pihak sebagai 'tutup pagar' secara total sedangkan pihak polis bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam," menurut kenyataan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain semasa dihubungi Selasa berkata, penyampaian perkhidmatan polis masih berjalan seperti biasa dan orang ramai tetap boleh membuat aduan dan laporan walaupun pintu pagar ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Saifuddin mengiringi Anwar melakukan lawatan kuarters kakitangan polis pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga KDN Negeri Terengganu di IPD Marang semalam. Turut sama, Razarudin (dua, kanan). --fotoBERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pintu pagar balai polis: Tindakan putar belit kenyataan tidak bertanggungjawab - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tindakan pihak yang memutar belit kenyataannya berhubung isu penutupan pintu pagar balai polis pada 10 malam sebagai sangat tidak

Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.