SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan pelantikan Datuk Mahmud Abbas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan, PKNS berkata Mahmud yang sebelum ini merupakan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), akan menggantikan Siti Zubaidah Abd Jabar yang telah bersara pada 10 Ogos lalu.
PKNS berkata Mahmud akan menjalankan peranan penting dalam pembangunan strategik di sekitar Selangor di samping mendukung aspirasi kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf sosioekonomi di negeri tersebut.
Mahmud mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia korporat khususnya dalam industri hartanah dan antaranya sebagai CEO di syarikat tersenarai awam Knowledge Economic City (KEC) di Madinah, Arab Saudi.
Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Brighton University juga merupakan Pengarah Urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama tujuh tahun sebelum menerajui KEC dan HDC.
Sumbangan dan perkhidmatan cemerlang Mahmud dalam menerajui syarikat-syarikat korporat terkemuka telah dibuktikan apabila beliau menerima pelbagai anugerah peribadi antaranya Chief Executive of the Year 2017 daripada Selangor Excellence Business Awards, kata PKNS.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021

Mahmud mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia korporat khususnya dalam industri hartanah. - Foto BERNAMA
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.

PKNS bentang pelan pembangunan SA Sentral hari ini
Ia akan merangkumi pembinaan pusat konvensyen bertaraf antarabangsa, hotel, pusat beli-belah, pangsapuri servis dan pusat perniagaan peruncitan Aneka Walk.

Kerajaan Selangor pandang serius sikap ambil mudah usahawan tentang pensijilan halal
Kerajaan Selangor memandang serius sikap tidak cakna atau mengambil mudah terhadap keperluan pensijilan halal dalam kalangan usahawan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Projek SA Sentral dilancar, GDV RM3 bilion
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lancar SA Sentral, sebuah projek pembangunan bandar berimpak tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3 bilion.

PKNS rancang bangunkan projek hartanah dengan GDV sehingga RM1 bilion
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS menyasar untuk didorong secara komersial pada masa hadapan.

Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.

Kompleks PKNS bakal berwajah baharu tahun depan
Prasarana kompleks PKNS yang terletak di Seksyen 14 yang menjadi pusat beli belah tumpuan ramai setiap kali menjelang Syawal akan melalui proses penambahbaikan pada tahun hadapan.

Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.

Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, kukuhkan peranan, perkasa industri keusahawanan Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.

MRCB mulakan urus niaga hartanah RM527.93 juta dengan PKNS
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memperoleh dan melupuskan hartanah bernilai RM527.93 juta.

Selangor berusaha kukuhkan kehadiran di peringkat global menerusi perniagaan, pendidikan
Kerajaan negeri Selangor sedang giat mengenal pasti peluang bagi meningkatkan kehadirannya di persada antarabangsa dalam bidang perniagaan dan pendidikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.