KOTA BHARU:Dianggarkan hampir 3,000 pengusaha restoran dan kedai makan seluruh Kelantan berdepan penutupan premis perniagaan sekiranya kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi mengurangkan beban mereka.
Perkara ini didedahkan oleh wakil pengusaha restoran, Hassan Mohd Zain yang memaklumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 kali ini dengan peraturan tidak boleh makan di restoran menyebabkan perniagaan mereka merosot hampir 90 peratus.
"Bila tak dibenar dine in, kita punya sales drop hampir 90 peratus. Pekerja kita banyak kena bagi cuti pasal kalau kita ada 15 pekerja, kita hanya guna tiga orang.
"Kalau keadaan ini tak dibantu, kita tokey pun lemas... kekangan sewa bil air, letrik dan komitmen kita dengan insurans, bank.
"Kami peniaga hampir separuh dah tutup kedai. Kalau berterusan lagi dua minggu, ramai lagi akan tutup kedai," kata Hassan.
Pandangan sama turut disuarakan seorang lagi pemilik restoran, Che Zarin Omar Daud.
"Sekarang ni ramai dah tutup, hampir separuh dah tutup, dan yang ada ni bertahan dalam keadaan rugi.
"Dengan bil tertunggak, sewa tertunggak ... kita bertahan dengan gaji staf tertunggak.
"Kita ada had untuk bertahan kalau kerajaan tak bantu," kata Che Zarin.
Bagi Farah Sharina Zamari, dia berasa sedih kerana keadaan semasa tidak membolehkan dia mengambil lebih ramai pekerja.
"Kita rasa makin teruk untuk kita tanggung sewa, bil api tertunggak dengan gaji staf.
"Saya rasa sedih sebab ramai staf nak kerja, tapi kita tak mampu bayar gaji. Saya ambil sehari tiga orang saja," kata Farah Sharina.
Menurut mereka, sekiranya keadaan tidak berubah, lebih ramai pengusaha restoran, kafe dan kedai makan bakal gulung tikar manakala pekerja kedai makan terpaksa diberhentikan.
Mereka antara lain memohon agar dibenarkan pelanggan makan di premis dengan jumlah yang dihadkan, serta kebenaran beroperasi hingga jam 12 tengah malam.
Muhafandi Muhamad
Thu Feb 04 2021

Sekiranya keadaan tidak berubah, lebih ramai pengusaha kedai makan bakal gulung tikar manakala pekerja kedai makan terpaksa diberhentikan. -Astro AWANI

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bantu pengusaha restoran ambil pekerja asing - Kimma
Walaupun kerajaan melanjutkan waktu operasi, kekurangan tenaga kerja memberi impak terhadap servis perkhidmatan pelanggan di setiap premis.

Henti guna istilah 'perkhidmatan penting dan tidak penting' - Wakil pengusaha restoran
Semua perkhidmatan atau industri adalah penting dan kerajaan perlu mencari titik tengah bagi membolehkan semua pihak mencari rezeki.

PKP 2.0: Kurang pelanggan, 3,000 pengusaha restoran di Kelantan bakal gulung tikar
Menurut mereka, sekiranya keadaan tidak berubah, lebih ramai pengusaha restoran, kafe dan kedai makan bakal gulung tikar manakala pekerja kedai makan terpaksa diberhentikan.

COVID-19: Pengusaha restoran boleh dikenakan kompaun jika langgar SOP
Kementerian Kesihatan tidak memfokuskan kepada penguatkuasaan, sebaliknya mengharapkan Kerjasama rakyat Malaysia.

COVID-19: Pengusaha restoran di China bergelut pulih perniagaan
COVID-19 yang melanda China pada Disember, memaksa jutaan rakyatnya untuk lebih berhati-hati keluar dari rumah.

Semua restoran disaran henti jual rokok
Inisiatif yang diambil sebuah restoran ternama itu perlu disokong dan wajar dicontohi pengusaha lain.

Tiada peraturan wajibkan peniaga restoran miliki sijil halal - Jakim
Ketua Pengarah Jakim Datuk Mohamad Nordin Ibrahim menegaskan bahawa cadangan mewajibkan peniaga restoran memiliki sijil halal memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak.