KUALA LUMPUR:Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bermula 13 Januari sehingga 26 Januari depan.
Sebanyak lima sektor ekonomi perlu (essential) dibenarkan beroperasi termasuk pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini, SOP tersebut akan membantu kelangsungan operasi serta pelan kesinambungan syarikat dan industri dalam tempoh ini.
“Hasil daripada libat urus dan kerjasama dengan persatuan industri, dewan perniagaan dan lain-lain pihak berkepentingan, MITI telah merangka SOP yang komprehensif, relevan dan praktikal,” kata Azmin.
Astro AWANI menjelaskan SOP yang disediakan MITI bagi sektor ekonomi dalam tempoh PKP 2.0.
1. Adakah syarikat anda boleh beroperasi sepanjang tempoh PKP?
Ya, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu yang disediakan MITI atau syarikat pengilangan dan pembuatan anda berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) di pautan www.notification.miti.gov.my.
2. Berapa ramai pekerja dibenarkan di premis?
Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Bagi kategori lain, hanya pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat pekerja. Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan bekerja dari rumah (BDR) akan berkuatkuasa.
Contohnya, sekiranya terdapat 10 orang atau kurang dalam kumpulan pengurusan dan penyeliaan, hanya tiga orang sahaja dibenarkan di pejabat pada satu-satu masa.
Jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam barisan pengeluaran akan ditentukan oleh majikan dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
3. Adakah bekerja dari rumah (BDR) wajib bagi semua pekerja industri?
Pihak majikan wajib melaksanakan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan, termasuk tugas-tugas membabitkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan.
Bagi pekerja-pekerja sektor yang tidak disenaraikan dalam Senarai Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.
4. Adakah anda dibenarkan menghantar barangan ke lokasi-lokasi di kawasan PKP?
Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
5. Adakah anda dibenarkan rentas daerah/negeri untuk tujuan kerja?
Anda dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan hanya membawa pas pekerja atau surat kebenaran majikan.
6. Apa yang perlu dibekalkan majikan buat pekerja?
Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa wajib membawa salinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan pekerja melepasi sekatan jalan raya.
7. Bagaimana anda boleh mendapatkan surat notifikasi pengesahan pendaftaran?
Syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan www.notification.miti.gov.my tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Syarikat terbabit hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran mulai 12 Januari jam 3 petang.
Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan bawah seliaan MITI yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian melalui pautan www.notification.miti.gov.my mulai jam 3 petang 12 Januari 2021.
8. Bagaimana jika surat kebenaran beroperasi anda bertarikh pada tahun 2020?
Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan terdahulu adalah terbatal. Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.
9. Apa SOP yang perlu dikuatkuasakan sektor pengilangan dan pembuatan?
SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan pada PKP 2.0 telah digariskan MITI dalam garis panduan ini.
10. Apa SOP yang perlu dikuatkuasakan syarikat dalam sektor lain?
Menurut senarai Soalan Lazim yang disediakan MITI, majikan disarankan merujuk kepada laman web Majlis Keselamatan Negara (link) untuk senarai SOP yang ditetapkan kerajaan.
Namun, setakat jam 4 petang hari ini, tiada SOP baharu bagi PKP 2.0 yang disenaraikan pada laman web MKN.
11. Di mana anda boleh mencari maklumat lanjut?
Anda boleh menyemak Soalan Lazim yang disediakan MITI serta Soalan Lazim oleh MKN berhubung PKP.
Nailah Huda
Tue Jan 12 2021
Anda dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan hanya membawa pas pekerja atau surat kebenaran majikan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI 7:45 [1/2/2025] – NADMA tingkat kesiapsiagaan| Rakam keterangan sembilan saksi| Akta perhutanan negara| Periuk api depan rumah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Kesan banjir di Sabah dan Sarawak luar biasa dibawa ke Kabinet
-Tiga suspek rempuh orang ramai dikenal pasti, masih di Lembah Klang
-Lebih banyak Hutan Simpan Kekal di kawasan bandar
-Siapa Presiden Syria? Rakyat lebih bimbang periuk api
Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.
Nvidia-DeepSeek: Singapura jangka syarikat patuhi undang-undang
Singapura sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang serta bertindak tegas terhadap individu dan syarikat yang melanggar peraturan.
Agenda AWANI Asia: Warisan Budaya Dan Perayaan Tradisional
Sejauh mana ekonomi hari perayaan berjaya menarik potensi pelancongan dan memberi pengalaman istimewa, terutamanya perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani Asia 9 malam ini.
Misi UNRWA perlu diteruskan sehingga konflik Asia Barat selesai - Rusia
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia berhubung larangan terhadap aktiviti UNRWA.
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
Malaysia sasar dagangan dengan rakan FTA, pasaran membangun meningkat tahun ini
Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI
MITI berkata eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion.
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.