KUALA LUMPUR:Seramai 504 individu ditahan atas kesalahan ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 494 individu dikompaun, manakala 10 lagi direman.
"Kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (145), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (92), tiada penjarakkan fizikal (77), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (60),
premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (37) dan lain-lain (93)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Selain itu, Operasi Benteng (Op Benteng) semalam telah menangkap 41 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah bot/kapal serta tiga buah kenderaan darat.
"Dalam operasi itu juga, turut dikesan 155 bot/kapal berada di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan. Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi
keselamatan lain turut menjalankan 445 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam," tambahnya lagi.
Turut dimaklumkan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 53,201 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.
Seramai 2,882 Pasukan Pematuhan melibatkan 12,043 anggota telah membuat pemantauan di 3,398 pasar raya, 5,729 restoran, 2,742 penjaja, 1,298 kilang, 3,425 bank dan 600 pejabat kerajaan.
Turut dipantau, sebanyak 993 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (208) dan terminal pengangkutan udara (79).
Astro Awani
Sat Jan 23 2021

Seramai 504 individu ditahan atas kesalahan ingkar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ingkar SOP, 60 lagi premis diarah tutup serta-merta - Hishammuddin
Kesalahan itu dikesan hasil daripada 78,506 pemeriksaan dilaksanakan semalam di seluruh negara.

Dalam tempoh seminggu lebih, 810 premis diarah tutup kerana ingkar SOP - Hishammuddin
Sejak mengambil alih tugas pada 7 Julai lepas, setiap hari beliau menerima laporan sama daripada Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis Kedah tingkatkan pemantauan ke atas kilang
Polis Kedah tidak akan berkompromi dengan pemilik kilang yang didapati melanggari dan mengingkari SOP Fasa Satu Kawalan Pergerakan PPN.

852 dikompaun, 33 direman ingkar PKP - Ismail Sabri
Seramai 885 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

PKPD: Dua dikompaun, penduduk 13 lokaliti sekitar pekan Bayan Lepas diberi peringatan
Seorang lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 23 tahun masing-masing dikompaun RM5,000 kerana mengingkari PKPD yang dikenakan.

1,214 ditahan ingkar SOP, ini lima fokus kenyataan media Ismail Sabri
Daripada jumlah itu, seramai 1,107 individu dikompaun manakala 107 lagi direman.

Leka sambut hari jadi di pusat hiburan, 21 individu ditahan ingkar PKP
Ketika serbuan dijalankan, semua suspek sedang leka berhibur di sebuah bilik dengan bunyi muzik yang kuat.

792 individu ditahan ingkar PKP - Ismail Sabri
Seramai 781 dikompaun manakala 10 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan.

292 individu ditahan hari pertama Aidilfitri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 278 individu dikompaun manakala 14 lagi direman.

Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri 28 April
Sejak 24 Julai 2020, seramai 187,540 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 76 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam (ILA)