Kerajaan dirayu membenarkan rakyat yang mempunyai pasangan warga asing dan anak di luar negara untuk meninggalkan Malaysia selama mana mereka mematuhi perintah prosedur operasi standart (SOP) pergi dan balik yang ditetapkan.
Menurut wakil kumpulan di Facebook, 'Love Is Not Tourism Malaysia' yang hanya mahu dikenali dengan nama Syahida, permohonan itu termasuk membenarkan pasangan warga asing dan anak memasuki negara menggunakan permit khas selama mana mereka mematuhi SOP.
"Kerajaan perlu membenarkan pasangan warganegara yang belum berkahwin meninggalkan negara untuk bertemu pasangan warga asing yang menetap di luar negara untuk urusan melawat atau berkahwin, bersama-sama dokumen yang berkaitan dan selama mana mereka mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan.
"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kami tidak lagi dapat berjumpa keluarga yang terkandas di luar negara.
"Ada di antara kami dalam proses berkahwin juga terpaksa menangguhkan hasrat kerana tidak ada kelonggaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahupun Jabatan Imigresen Malaysia untuk membenarkan pasangan kami masuk kerana undang-undang negara tidak memperuntukkan pas pasangan bertunang atau pas pasangan belum berkahwin bagi memasuki negara ini.
"Mereka terpaksa menanggung kos kerugian akibat penangguhan ini.
"Kami pernah menghantar permohonan tetapi ditolak tanpa alasan yang munasabah," katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu katanya, kumpulan itu juga telah membuat petisyen tetapi mendakwa jumlah 5,000 yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk kerajaan mendengar suara mereka.
"Bilangan kami sangat kecil. Walaupun begitu kami yakin masih ramai lagi yang mempunyai pasangan dari luar negara mempunyai masalah yang sama tetapi tiada saluran untuk bertindak.
"Kami ada menghantar emel kepada menteri-menteri di jabatan kerajaan dan menunggu jawapan daripada mereka.
"Ada antara kami mengalami tekanan emosi, kerana sebilangan kami mengharapkan pasangan untuk menyara keluarga, ada juga yang sudah kehilangan pekerjaan.
"Apabila kami disatukan, sekurang-kurangnya kami ada untuk satu sama lain.
"Kami akur tujuan kerajaan mengadakan perintah PKP adalah untuk keselamatan negara.
"Kami bersedia mengikut segala arahan dan patuh kepada SOP serta rela dikuarantin seperti orang lain untuk kebaikan semua," ujarnya.
Syahida turut menjelaskan, situasi itu turut menjejaskan dirinya sendiri yang sudah dua kali terpaksa menangguhkan perkahwinan.
"Saya dan pasangan warganegara Mesir sepatutnya berkahwin pada 6 Jun yang lalu tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana pasangan tidak dapat memasuki negara.
"Tarikh penangguhan kami sudah semakin dekat iaitu 9 September, masih belum menemui sinarnya," katanya.
Sementara itu, semakan pada mendapati kumpulan itu diwujudkan pada 17 Ogos dan mendapat 84 'like' dan diikuti seramai 90 orang.
Astro Awani
Wed Aug 26 2020
Kumpulan itu juga telah membuat petisyen tetapi mendakwa jumlah 5,000 yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk kerajaan mendengar suara mereka. - Gambar Facebook
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.