KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini perlu menggunakan kaedah alternatif bagi menggantikan latihan industri secara konvensional dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, perubahan itu perlu kerana pihak industri terpaksa menangguh atau menolak permohonan pelajar untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka.
Katanya, jika IPT tetap kekal dengan penilaian berdasarkan latihan industri konvensional, ia akan menjejaskan pengajian pelajar yang terbabit.
"Kaedah alternatif itu bergantung kepada bidang program dan mesti memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
"Kaedah lain yang boleh dipertimbangkan adalah seperti industry-based project, problem-based project, topical study atau research project. Aktiviti simulasi dan amali dalam bentuk maya, dalam talian mahupun 'remote' juga boleh dilaksanakan berdasarkan kesesuaian.
"Kaedah alternatif ini boleh dilaksanakan sebagai penggantian penuh atau sebagai pelengkap kepada latihan industri yang terpaksa dihentikan separuh jalan dan belum memenuhi hasil pembelajaran yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau mengulas laporan mengenai terdapat pelajar IPT yang permohonan mereka ditolak untuk menjalani latihan industri, baru-baru ini.
Mohammad Shatar berkata, Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa PKP telah dikeluarkan MQA pada 8 Februari lalu dan sehingga kini masih terpakai untuk rujukan.
"Advisory Note ini boleh dicapai di laman sesawang www.mqa.gov.my dan Facebook rasmi MQA iaitu OFFICIAL: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.
Beliau berkata, IPT bertanggungjawab untuk memastikan pelajar mendapat pendedahan industri yang diperlukan sebagai persediaan mereka di alam pekerjaan dengan memastikan pelajar memenuhi hasil pembelajaran kursus.
Katanya, IPT yang mempunyai program sama dan dijalankan dalam dua mod berbeza iaitu mod kerja kursus serta industri (2u2i) / Work-Based Learning (WBL), boleh mempertimbangkan untuk menukarkan pelajar mod industri kepada mod kerja kursus.
"Dalam tempoh ini, IPT perlu memastikan pelajar dapat menerus dan menamatkan pengajian masing-masing walaupun berhadapan dengan situasi pandemik yang mencabar, masih mendapat kemahiran serta kompetensi yang diperlukan.
"Adalah penting dalam pelaksanaan latihan industri, arahan dan SOP pihak berkuasa dipatuhi sepenuhnya kerana keutamaan semasa adalah bagi membendung penularan COVID-19," katanya.
Astro Awani
Tue Jul 06 2021

Mohammad Shatar berkata, jika IPT tetap kekal dengan penilaian berdasarkan latihan industri konvensional, ia akan menjejaskan pengajian pelajar yang terbabit. - Gambar hiasan / Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.

Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.

JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.

Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.

MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.

Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.