SHAH ALAM: Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula, susulan kenyataan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di seluruh negara mulai esok.
Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Pengurusan dan Masjid Institusi, dibenarkan dengan kehadiran 50 orang jemaah sahaja.
Bagi masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah yang mempunyai kapasiti lebih 1,000 jemaah, juga 50 orang dibenarkan, manakala masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah berkapasiti kurang 1,000 orang pula, hanya 20 jemaah dibenarkan.
Menurut jawatankuasa itu, ketetapan bilangan jemaah untuk solat sunat Aidilfitri yang diumum melalui satu surat pekeliling dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam, adalah dibatalkan.
"Berdasarkan penjadualan semula bilangan jemaah, maka pelaksanaan solat sunat Aidilfitri hendaklah turut dilakukan dengan menggunakan pendekatan pencegahan COVID-19, iaitu membuat penyusunan semula penjarakan fizikal 1.5 meter di antara jemaah dan menjarakkan selang satu baris jemaah dengan saf yang berikutnya," katanya.
Jawatankuasa itu menambah, ketetapan lain yang ditentukan melalui surat pekeliling JAIS sebelum ini adalah kekal dikuatkuasakan dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di seluruh negara mulai esok. - Gambar fail

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lebih seribu gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
Pengarah Kesihatan Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata rampasan di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu itu dilakukan berikutan kesalahan melanggar syarat pelabelan yang ditetapkan.
AWANI Tonight 24 Feb 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews
1. EPF to announce 2024 dividend payout on March 1
2. Timor-Leste set for ASEAN membership by October
#AWANIEnglish #AWANINews

Tragedi pagi Syawal: 3 maut, 3 parah dilanggar ketika ke masjid untuk solat Aidilfitri, pemandu positif ganja
Kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama jemaah lain di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

PKP: Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri ditetapkan semula di Selangor
Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Selangor ditetapkan semula, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di seluruh negara mulai esok.

PKP: Solat Tarawih, Aidilfitri di Wilayah Persekutuan dibenarkan - JAWI
Kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.

Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid
Bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Agama islam Pahang (JAIP).

PKPB: Johor benarkan solat Jumaat dan solat Aidilfitri dengan syarat
Namun ia hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid.