KUALA TERENGGANU:Solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di semua masjid dan surau di Terengganu boleh dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa hingga 18 Feb depan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Datuk Osman Muda berkata kebenaran itu diberikan setelah diperkenankan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan mendapat pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Beliau berkata jumlah jemaah mestilah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu tidak memasang penyaman udara sepanjang solat berlangsung, membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka.
"Selain itu, jawatankuasa masjid dan surau dikehendaki melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitar termasuk tandas dan ruang wuduk sebanyak tiga kali seminggu.
"Jawatankuasa masjid dan surau juga bertanggungjawab sepenuhnya dalam mematuhi SOP kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sekiranya gagal, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu boleh mengambil tindakan dengan menutup masjid atau surau berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, aktiviti kuliah harian masih tidak dibenarkan termasuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang lain.
Osman berkata Sultan Mizan juga menyeru rakyat jelata agar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan supaya wabak COVID-19 ini dapat dikawal dengan sebaik mungkin.
"Baginda menghargai pengorbanan masa dan tenaga semua petugas barisan hadapan dan berharap rakyat jelata terus bersabar dan berdoa semoga sentiasa berada dalam kerahmatan dan lindungan Allah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
Jumlah jemaah mestilah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. - Gambar fail
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Sultan Terengganu berkenan menyelam letak plak rasmi program labuhkan tukun tiruan
Selaman itu adalah simbolik perasmian Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda Terengganu Rekreasi.
Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Sultan Mizan mahu kerajaan Terengganu perkasa kerjasama dengan Persekutuan
Sultan Terengganu menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.
Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.
Kerajaan Terengganu perlu cari kaedah, model terbaik dalam sistem pentadbiran - Sultan Mizan
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.
Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.
PM Anwar zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda baginda.
Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda.