Tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan aktiviti berkumpul dalam premis hiburan itu tidak dibenarkan adalah alasan diberikan 29 individu yang ditahan dalam satu serbuan di sini, malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata serbuan oleh anggota cawangan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh itu dilakukan pada 9.30 malam di sebuah premis di Jalan Lau Ek Ching di sini.
Beliau berkata sebaik tiba di premis tersebut mendapati pintu terkunci daripada dalam dan anggota polis mengetuk beberapa kali sebelum seorang lelaki berumur 29 tahun membukanya serta mengaku sebagai penjaga premis itu.
Asmadi berkata pemeriksaan lanjut dalam premis mendapati terdapat 25 lelaki serta tiga wanita yang kesemuanya disyaki pelanggan berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun sedang asyik menikmati minuman beralkohol.
"Kesemua mereka memberi alasan tidak munasabah, datang untuk minum arak. Siasatan awal juga mendapati mereka menyatakan tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan tidak boleh berkumpul di dalamnya," kata beliau ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Sementara itu, empat lelaki lain turut ditahan ketika leka minum arak dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini, malam Selasa.
Asmadi berkata dalam serbuan pada 11.30 malam itu, seorang daripada empat individu yang ditahan adalah penyelia premis pusat hiburan berkenaan berusia 44 tahun.
Beliau berkata semasa polis tiba, lelaki terbabit sedang membuka pintu premis dan mengaku sebagai penyelia serta penjaga pusat hiburan tersebut.
"Pemeriksaan lanjut menemukan tiga lelaki disyaki pelanggan berumur 29, 30 dan 51 tahun berada di tingkat satu pusat hiburan itu. Keempat-empat mereka memberi alasan tidak munasabah iaitu datang ke premis tersebut untuk menikmati minuman keras," katanya.
Asmadi berkata dalam serbuan itu polis turut merampas satu salinan lesen di bawah Enakmen Panggung-Panggung dan Tempat-Tempat Hiburan Awam serta satu salinan lesen premis perniagaan dan papan iklan yang masih sah tempoh.
Pihak polis akan mendapatkan perintah reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Pelanggaran Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, katanya.
Bernama
Wed May 27 2020

Kesemua mereka memberi alasan tidak munasabah kepada polis iaitu datang ke premis itu untuk minum arak.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PKPB: 29 lelaki berkumpul dalam pub ditahan
Tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan aktiviti berkumpul dalam premis hiburan itu tidak dibenarkan adalah alasan diberikan 29 individu yang ditahan dalam satu serbuan di sini, malam tadi.