KOTA KINABALU:Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata perkara mengenai diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan cadangan oleh kerajaan negeri.
"Sidang Khas MKN telah bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri membenarkan aktiviti menyelam di negeri Sabah.
"Justifikasi cadangan ini adalah kerana aktiviti menyelam (scuba diving) dikategorikan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal.
"Aktiviti menyelam ini boleh dilaksanakan dengan syarat bot yang membawa penyelam ke lokasi selaman tidak melebihi 30 peratus daripada muatan bot bagi memastikan ada penjarakan fizikal," katanya menerusi sidang media maya di Kota Kinabalu pada Isnin.
Berkenaan SOP khusus bagi aktiviti menyelam katanya ia akan dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Dalam sidang media harian mengenai COVID-19 tersebut masidi turut memaklumkan berkenaan tiga lokaliti baharu melibatkan dua daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Atas nasihat dan penilaian risiko yang dilaksanakan KKM, sidang khas MKN hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan bermula 2 Disember 2020 sehingga 15 Disember 2020.
"Pelaksanaan dibuat selepas KKM mengesahkan terdapat 104 kes kumulatif positif COVID-19 hasil saringan sebanyak 324 yang melibatkan tahanan dan anggota PTS Sibuga," katanya.
Jelasnya, pelaksanaan PKPD ini melibatkan seramai 1,209 individu yang terdiri daripada 1,104 tahanan dan 105 anggota.
"Bagi tujuan yang sama juga sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kg. Desa Bajau dan Kg. Dasar Baru, Lahad Datu bermula 2 Disember 2020 sehingga 15 Disember 2020.
"KKM telah melaksanakan sebanyak 665 saringan dan telah merekodkan 90 kes kumulatif positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti ini.
"Pelaksanaan PKPD ini melibatkan 914 buah rumah dengan jumlah 4,934 orang penduduk."katanya.
Sehingga 30 November 2020, sebanyak 10 lokaliti masih berada di bawah PKPD melibatkan beberapa daerah manakala 24 lokaliti telah tamat PKPD.
Pada Isnin jumlah kes positif baharu COVID-19 adalah sebanyak 326 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,771 kes dan satu kes kematian direkodkan di daerah Lahad Datu.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Nov 30 2020

Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PKPB: Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah
Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tiga maut dipercayai terkena bom ikan semasa aktiviti menyelam
Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 4 hingga 5 petang sebelum pihak berkuasa dimaklumkan mengenainya.