PUTRAJAYA:Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah, ekoran peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu bermula tengah malam ini, sehingga 26 Oktober.
"Sebelum ini beberapa daerah di Sabah telahpun dikenakan PKPB iaitu di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, selain beberapa lokaliti lagi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Selain itu, Kawalan Rentas Daerah di Seluruh negeri Sabah juga telah dikuatkuasakan sejak 3 Oktober.
"Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan yang berlaku, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini," katanya dalam sidang media hari ini.
Mengenai prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, Ismail Sabri berkata, pergerakan keluar masuk serta rentas daerah tidak dibenarkan.
"Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
"Bagi yang ingin keluar membeli barangan keperluan, hanya dua orang sahaja dibenarkan," katanya lagi.
Ismail Sabri berkata, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam, pusat rekreasi, masjid dan rumah ibadat, serta pusat hiburan perlu ditutup.
Dalam pada itu, Ismail Sabri bagaimanapun berkata, kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN.
Beliau berkata, kerajaan telah menetapkan waktu operasi bermula 6 pagi hingga 2 petang bagi pasar borong dan pasar harian, 6 pagi hingga 6 petang bagi kedai barangan keperluan dan kedai runcit, restoran, warung, kedai kedai serbaneka, farmasi dan stesen minyak.
Ismail Sabri berkata, perkhidmatan teksi dan e-hailing, serta perkhidmatan penghantaran makanan pula dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam sahaja, manakala operasi klinik dan hospital dibenarkan 24 jam.
Selain itu, beliau berkata, sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan.
Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) yang ingin beroperasi, mereka boleh memohon kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Firdaus Azil
Mon Oct 12 2020

Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB di Sabah itu bermula tengah malam ini, sehingga 26 Oktober.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.