Kerajaan akan mengkaji tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli belah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan diadakan dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, sekiranya semua pihak mencapai persetujuan, peraturan akan dipinda dan mereka yang melanggarnya boleh dihukum di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Kita dengar masih ramai ibu bapa yang bawa anak kecil ke pusat beli belah. Perkara ini melibatkan perundangan. Kalau kita nak ambil tindakan kepada ibu bapa, ia (peruntukan) mestilah ada dalam undang-undang atau peraturan di bawah Akta 342.
“Jadi kita akan bincang dengan pihak Peguam Negara, KKM dan MKN bagi kita mencapai persetujuan. Kalau perkara ini dipersetujui, peraturan boleh dipinda dan jika langgar peraturan, boleh dihukum di bawah Akta 342.
“Perkara ini kita akan lihat dengan lebih teliti kerana mungkin banyak juga implikasi lain. Kita akan bincang dan akan dapatkan nasihat daripada Peguam Negara,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
BACA:
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan peka dengan rungutan rakyat yang mendakwa harga bahan mentah terutamanya ayam meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.
“Harga ayam tiba-tiba dalam dua tiga hari ini meningkat, kalau dulu tak timbul isu ini. Bila restoran dan kedai ditutup, penjualan ayam berkurang, maknanya permintaan kurang dari penawaran yang sebabkan harga rendah tapi sekarang harga tinggi.
“Kerajaan ada mekanisme untuk menyekat kenaikan mendadak ini iaitu melalui Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan dan saya difahamkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan umumkan skim ini esok.
“Menteri maklum kepada saya bahawa esok akan diumumkan. Harga ayam akan dikawal, tak melebihi harga siling yang ditetapkan. Bukan saja ayam tapi pelbagai barang keperluan terutamanya yang banyak digunakan untuk sambutan Aidilfitri,” katanya.
Ridauddin Daud
Mon May 18 2020

Ismail Sabri berkata, kajian terperinci akan dilakukan mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap ibu bapa terbabit. Gambar/ Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Bidang kuasa PBT ketika ini adalah termaktub berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Majikan tidak benarkan kakitangan kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan
Mereka yang positif perlu jalani kuarantin wajib selama 10 hari, yang negatif pula disarankan melaksanakan pengasingan secara sukarela.

COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.

COVID-19: Jeffrey Kitingan akui diberi pelepasan daripada pengawasan, pemerhatian
Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov, ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.

COVID-19: 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'- Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya menggunakan pelitup muka selain mementingkan kebersihan tangan dan penjarakan fizikal yang selamat.

Pesanan "abah" dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini
Perutusan oleh "abah" selepas agak lama tidak muncul di kaca televisyen hari ini menyaksikan pelbagai pesanan telah dititipkan dalam usaha mengelakkan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.

Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di sini supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Dat

PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil
Kerajaan akan berbincang dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, KKM dan MKN berkaitan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli-belah semasa PKPB.

PKP Fasa 4 benarkan ketua keluarga keluar bersama seorang lagi ahli keluarga
Peraturan yang diterbitkan dalam warta berkenaan berkuat kuasa mulai Rabu hingga hari terakhir fasa keempat PKP iaitu 12 Mei ini.

COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan
Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.