KUALA LUMPUR:Perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah di mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditangguhkan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Nov ini, demikian menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP).
Menurut PKPMP dalam kenyataannya hari ini, panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Antara panduan berkenaan ialah perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah ditangguhkan dan penetapkan tarikh perbicaraan dan pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu, menurut PKPMP.
Permohonan untuk tahanan reman akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
Menurut PKPMP, panduan berhubung pendengaran kes secara dalam talian yang dikeluarkan oleh pejabat itu pada 26 Mac dan 24 April lepas juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hingga 9 Nov ini.
Panduan itu menyatakan pihak dalam kes mahkamah boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian dengan persetujuan pihak-pihak dalam kes berkenaan.
Semua panduan berkenaan juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Sabah susulan pelanjutan penguatkuasaan PKPB hingga Nov 9 di negeri itu.
Menurut PKPMP, pemakaian panduan berkenaan perlu diubah suai dengan mengambil kira keperluan mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.
Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada pegawai bertanggungjawab di mahkamah-mahkamah yang berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020

Panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah terbabit. - Gambar fail/BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

PKPB: Perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditangguhkan
Panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.