TAIPING:Zoo Taiping dan Night Safari di sini dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 9 November hingga 6 Disember ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir berkata kerugian itu susulan kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus.
"Kemerosotan itu amat ketara dengan kedatangan pengunjung antara 20 orang hingga 60 orang setiap hari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPT di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata penjagaan makanan haiwan masih dapat ditanggung dengan kos RM150,000 sebulan serta kos operasi selain gaji kakitangan yang memerlukan perbelanjaan lingkungan RM350,000 hingga RM400,000 sebulan.
Katanya, MPT akan menjalankan kerja menaik taraf kandang burung enggang, helang, pameran ular dan bumbung dengan kos RM1.8 juta di zoo berkenaan pada Januari tahun depan melalui projek sumbangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Beliau berkata selain peruntukan itu, Perhilitan turut memberikan bantuan penyelenggaraan makanan haiwan selama empat bulan sejak Ogos lepas hingga November ini bagi mengurangkan beban pihak zoo.
Khairul Amir berkata kerajaan negeri juga memperuntukkan RM150,000 bagi kerja menaik taraf tandas dan kipas di kawasan zoo itu.
Dalam perkembangan lain, Khairul Amir berkata MPT akan menaikkan kadar baharu kompaun bagi kesalahan tempat letak kereta dari RM20 kepada RM30 bagi kesalahan dalam petak letak kereta dan kadar RM50 dinaikkan kepada RM60 bagi kesalahan luar petak kereta di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak kereta) MPT 2004 mulai 1 Jan depan.
MPT juga akan melaksanakan tawaran pengurangan bayaran kompaun sebanyak 50 peratus bermula 1 Dis hingga 31 Dis ini bagi kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MPT 2004.
Bagaimanapun pengurangan bayaran kompaun itu tidak termasuk bagi kes-kes sedang dalam tindakan pendakwaan dan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan Awam (MPT) 2984.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Kemerosotan itu amat ketara dengan kedatangan pengunjung antara 20 orang hingga 60 orang setiap hari. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Zoo Taiping umum kelahiran anak badak air, 16 kura-kura Sulcata
ZTNS dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan badak air itu dilahirkan oleh induknya bernama 'Lek'.

Zoo Taiping terima lebih setengah juta pelawat, ZOORAMA tawar pelbagai aktiviti menarik
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.

Tarsier tarikan baharu Zoo Taiping dan Safari Malam
Uniknya haiwan bersaiz kecil ini, hanya boleh dilihat semasa sesi Safari Malam kerana sifatnya memang haiwan malam.

Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).

Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping
Tiga nama itu dipilih daripada pertandingan yang disertai 5,827 penyertaan dan diadili oleh lima panel pemilih.

Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan
Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan.

Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun
Menurutnya, mulai tarikh itu, Zoo Taiping akan beroperasi antara 8.30 pagi hingga 6 petang manakala waktu operasi Night Safari pula dari 8 hingga 10 malam.

PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata, sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.

'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping
Zoo Taiping and Night Safari, Taiping menerima ahli baharu dengan kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya 'Panthera Tigris Jacksoni' pada 12 April lepas.

Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Taiping, anak kuda itu yang lahir antara jam 3 dan 4 pagi Jumaat, dianggarkan seberat 70 kilogram dan dalam keadaan sihat.