TUARAN: Kawasan geografi Kampung Penimbawan di sini yang mempunyai struktur atas air, muka bumi berbukit dan hutan berpaya menjadi cabaran bagi pihak berkuasa untuk memastikan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) itu.
Justeru, Polis Diraja Malaysia menggunakan teknologi terkini antaranya dron bagi membantu melakukan pemantauan dan hebahan dalam memastikan penduduk mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata pemantauan dan hebahan dibuat melalui udara dengan menggunakan dron DJI Matis 300 RTK bagi memastikan penduduk kampung berkenaan patuh SOP dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
"Operasi pematuhan SOP ini dibuat dengan kerjasama daripada Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi membuat pemantauan bukan sahaja di darat tetapi melalui laut dan udara agar pematuhan SOP dapat dihebahkan secara lebih efisien dan strategik," katanya kepada Bernama.
Mohd Hamizi berkata Pasukan Gerakan Marin ditugaskan membuat rondaan semasa PKPD dilaksanakan di sekitar persisiran pantai pulau berkenaan bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk tanpa kebenaran.
PKPD Kampung Penimbawan yang mempunyai 2,062 penduduk dengan kawasan rumah perkampungan terancang selain rumah atas air itu, dilanjutkan hingga Isnin depan, 12 Julai bagi membolehkan petugas Kementerian Kesihatan membuat ujian saringan secara lebih meluas.
Kampung di dalam daerah Tuaran di pantai barat Sabah itu terletak lebih 65 kilometer dari Kota Kinabalu melalui jalan darat, selain itu pengunjung boleh menggunakan jalan air dengan mendapatkan bot dari Jeti Kampung Serusop di sini dengan perjalanan kira-kira 10 minit.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Tuaran Dr Noraziah Bakrih berkata pihak Kementerian Kesihatan melakukan pelbagai inisiatif bagi melibatkan lebih banyak agensi bekerjasama dengan petugas kesihatan awam di kawasan lokaliti PKPD, termasuk pelaksanaan saringan COVID-19.
"Setakat ini, Kementerian Kesihatan mengambil sampel daripada 1,452 penduduk kampung terutama golongan berisiko dan 58 individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin," katanya.
Dr Noraziah berkata seramai 18 petugas kesihatan awam dari Hospital Tuaran ditugaskan bagi melancarkan saringan kesihatan di kampung Penimbawan sepanjang PKPD dilaksanakan di kawasan itu.
Beliau berkata Klinik Desa Kampung Penimbawan beroperasi seperti biasa bagi memberi rawatan kepada penduduk kampung yang mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Polis menggunakan dron bagi membantu melakukan pemantauan dan hebahan dalam memastikan penduduk mematuhi SOP ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.

PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.