IPOH: Polis mengeluarkan enam kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam operasi di sekitar Dataran Perpaduan 3, Taman Bercham Jaya, dekat sini, semalam.
Dalam operasi dua jam bermula jam 5 petang itu, polis turut mengeluarkan lapan saman atas pelbagai kesalahan trafik.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, operasi dijalankan ekoran isu yang tular menerusi laman sosial Facebook milik seorang pengguna.
“Bertindak atas maklumat tersebut, Polis Daerah Ipoh melalui Balai Polis Tambun menjalankan operasi pematuhan SOP di sekitar dataran itu dari jam 5 hingga 7 petang.
"Hasil operasi, polis mengeluarkan lapan saman atas pelbagai kesalahan trafik, selain enam kompaun kepada individu berusia 16 hingga 64 tahun yang melakukan pelbagai pelanggaran SOP PKPD yang sedang berkuat kuasa di Mukim Hulu Kinta,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Asmadi menegaskan, pihaknya bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan SOP di seluruh mukim itu yang diisytihar PKPD dari 22 Mei hingga 4 Jun.
BACA: PKPD: Tiada pemasangan kawat duri di empat mukim di Perak
BACA: PKPD di empat mukim: Polis Perak tambah SJR untuk kawal pergerakan
Dalam masa sama, beliau mengalu-alukan sebarang maklumat dan maklum balas daripada masyarakat mengenai pematuhan SOP.
Maklumat boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana PKPD Mukim Hulu Kinta di talian 016-944 5100, 05-526 1453, 05-526 0235, atau faks 05-526 1548 selain Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-254 2222.
Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang gagal mematuhi SOP seperti digariskan Majlis Keselamatan Negara.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 25 2021

Jalan-jalan utama di Ipoh lengang pada hari kedua pelaksanaan PKPD Mukim Hulu Kinta, 23 Mei, 2021. --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Perhimpunan #Lawan: 29 individu dikenal pasti, lebih 20 laporan polis diterima
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan seramai 29 individu yang terlibat dalam perhimpunan #Keluar dan #Lawan di Dataran Merdeka semalam telah dikenal pasti.

Ambil Iktibar PRN Sabah, berkempen atas talian jalan terbaik - Bekas Pengerusi SPR
Pengalaman dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 yang lalu perlu diambil iktibar oleh semua pihak terutamanya ahli politik di negara ini.