ALOR SETAR: Laluan masuk dan keluar di Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup sementara bermula hari ini sehingga 1 Jun depan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Kota Setar.
PLUS Malaysia Berhad dalam hantaran di akaun rasmi Facebooknya memaklumkan, semua pelanggan lebuh raya boleh menggunakan laluan di Plaza Tol Alor Setar Utara untuk masuk dan keluar dari Alor Setar.
"Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan pandu berhati-hati. Jaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga sentiasa," maklum kenyataan itu.
Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar bermula hari ini, susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.
Selain Kota Setar, beberapa lokaliti di Bandar Darulaman dan Kampung Lubuk Kawah di daerah Kubang Pasu turut dikenakan PKPD sehingga 31 Mei ini.
-- BERNAMA\
Bernama
Wed May 19 2021

PLUS Malaysia Berhad berkata, kerjasama semua pihak amat dihargai dan mengingatkan pengguna lebuh raya agar sentiasa pandu berhati-hati. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PKPD: Laluan masuk, keluar Plaza Tol Alor Setar selatan ditutup sementara
Semua pelanggan lebuh raya boleh menggunakan laluan di Plaza Tol Alor Setar Utara untuk masuk dan keluar dari Alor Setar.

Lelaki maut dipukul rakan akibat salah faham
Hasil semakan rekod mendapati suspek dan mangsa sedang menjalani perintah sekatan di atas kesalahan jenayah.