Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sempadan negara perlu diperketatkan bagi memastikan Malaysia mampu mengawal penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan COVID-19 di peringkat global dan negara-negara yang menunjukkan peningkatan kes.
Justeru, tindakan kerajaan bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan langkah tepat dalam mengekang jangkitan virus tersebut.
"Apa yang penting untuk Malaysia adalah kita perketatkan sempadan negara dari masa ke masa.
"Walaupun Malaysia ketika ini dalam fasa PKP Pemulihan, tetapi kami masih memperketatkan kawalan sempadan.
"Jadi, jika kita lakukan perkara itu, kita boleh pastikan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, kita akan kuarantin, asingkan dan lakukan ujian saringan kepada mereka. Untuk memastikan tiada jangkitan dari luar masuk ke Malaysia, jadi itu yang telah kita lakukan setakat ini," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dua pendekatan berbeza telah diambil oleh Malaysia dalam menangani virus tersebut.
"Terdapat dua perkara berbeza yang kita lakukan berbanding negara lain.
"Pertama, kita kenal pasti mereka yang positif, sama ada mereka tiada gejala atau bergejala, kita akan asing dan rawat mereka di hospital.
"Kedua, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin," katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 14 2020

Tindakan kerajaan bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan langkah tepat dalam mengekang jangkitan virus tersebut. - Gambar fail
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Pengajaran buat semua komuniti Liga-M
Kesalahan menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi final pertama 15 Feb lalu menyaksikan The Cops dihukum.

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Jun 2020
Selepas pengumuman perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ia dilihat memberi satu sinar baharu buat semua rakyat Malaysia.

Hari ke-100 PKP: Malaysia harus bersedia dengan kehidupan normal baharu - Dr Noor Hisham
Ini termasuk kebolehan Kementerian Kesihatan menjalankan 36,812 ujian makmal RT-PCR ketika ini berbanding hanya 6,210 ujian pada awal tempoh pelaksanaan PKP.

PKPP: Sempadan negara perlu terus diperketatkan
Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sempadan negara perlu diperketatkan bagi memastikan Malaysia mampu mengawal penularan COVID-19.

Perniagaan lakukan promosi bukan satu isu tetapi... - Noor Hisham
Datuk Dr Noor Hisham menyatakan promosi yang dibuat oleh sektor perniagaan bukanlah satu isu namun isu yang harus dilihat ialah kesesakan semasa pembeli membeli-belah.

KKM tidak sarankan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) Antibodi
Penggunaan Rapid Test Kit (RTK) Antibodi di klinik swasta bagi saringan pekerja untuk kembali bertugas tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

COVID-19: 70 kes baharu, 88 pulih, satu kematian dilaporkan
Kes kematian ke-109 (kes ke-6657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun yang mempunyai penyakit kronik.

COVID-19: 71 pesakit pulih, 55 kes baharu, dan tiada kematian
Perkara tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham pada sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

COVID-19: Kes kematian ke-20 dicatatkan
Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian direkodkan lewat malam Rabu menjadikan jumlah kematian di negara ini adalah 20 kes.

Jangan hidang air dalam tin kitar semula - KKM
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah peniaga hendaklah menggunakan bekas minuman yang bersesuaian dengan jenis minuman yang dihidangkan.

Gozout disahkan tidak berdaftar oleh KKM
Bagi pengguna produk kesihatan Gozout, anda seharusnya berhati-hati dengan pengambilan produk tersebut. Hal ini kerana KKM telah mengesahkan produk itu tidak berdaftar.