PUTRAJAYA:Plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) akan digunakan bagi menggantikan penggunaan pelekat kenderaan OKU.
Cadangan penggunaan plat kenderaan OKU itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020, yang dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, hari ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini menyatakan, persetujuan penggunaan plat kenderaan OKU itu adalah mengambil kira kepentingan dan keperluan OKU, serta waris yang memerlukan kemudahan itu disebabkan oleh limitasi mobiliti dan faktor keselamatan.
Menurut kenyataan itu, kategori OKU yang layak bagi penggunaan plat kenderaan itu adalah kategori Fizikal, Sub Kategori OKU Pembelajaran iaitu 'Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) Akut, Autism Akut, OKU Kategori Pelbagai dan Waris OKU berkenaan (satu waris) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Cadangan ini akan membolehkan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan fasiliti OKU dapat dilaksanakan secara bersepadu dan meluas oleh pihak berkuasa," menurut kenyataan KPWKM itu.
Penggunaan plat kenderaan OKU yang dibentangkan oleh Kementerian Pengangkutan itu adalah, antara dua cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat hari ini, selain penubuhan Yayasan Pembangunan Orang Kurang Upaya (YPOKU) oleh Sekretariat Pembangunan Inklusiviti Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.
Selain pembentangan mengenai penggunaan plat kenderaan OKU oleh Kementerian Pengangkutan, turut dikemukakan pada mesyuarat MKBOKU hari ini ialah cadangan penubuhan Yayasan Pembangunan Orang Kurang Upaya (YPOKU) oleh Sekretariat Pembangunan Inklusiviti Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.
Mengenai cadangan YPOKU pula, KPWKM menyatakan penubuhan yayasan itu dilihat amat bertepatan dengan keperluan semasa, dan akan memberikan implikasi yang signifikan kepada pembangunan dan pemerkasaan OKU di Malaysia.
"Mesyuarat MKBOKU secara dasarnya setuju mengenai cadangan penubuhan Yayasan OKU. Walau bagaimanapun, pelaksanaan, struktur dan mekanisme bagi cadangan ini akan diperhalusi dan diperincikan terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksanakan," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 21 2020
![Plat kenderaan OKU ganti pelekat OKU - Kementerian Plat kenderaan OKU ganti pelekat OKU - Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608558889_wheelchair.jpg)
Cadangan penggunaan plat kenderaan OKU itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2020. -Gambar fail
AWANI Borneo [10/2/2025] – Gegaran lemah| MA63| Tenaga hijau
AWANI Borneo Isnin, 10 Februari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
1. Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah.
2. Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan.
3. Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial.
1. Kota Marudu dilanda gempa bumi lemah.
2. Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan.
3. Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial.
Kepelbagaian bangsa dan agama kekuatan Sarawak dalam kekalkan perpaduan
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah memaklumkan kepelbagaian bangsa, agama, dan latar belakang menjadi kekuatan Sarawak dalam mengekalkan perpaduan.
Terdapat 1,080 taska masih belum berdaftar di seluruh negara
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata daripada 1,080 taska yang masih belum berdaftar, 95 daripadanya adalah di Sarawak.
Sarawak tingkat pengeluaran hidrogen hijau komersial
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734499387_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Polis menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
Colform sasar lebar sayap ke ibu negara baharu Indonesia
Pengeluar produk keluli berpangkalan di Sabah, Colform Group Bhd menyasarkan merebut peluang di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, susulan penyenaraiannya di Bursa Malaysia.
Perjanjian MA63: Tuntutan 40 peratus hasil bersih Sabah boleh diselesaikan
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata tuntutan tersebut selari dengan usaha dan keperluan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah dari segi infrastruktur, sosioekonomi serta kebajikan rakyat.
Statistik jenayah komersil daerah Tawau menurun
Statistik jenayah komersil daerah Tawau sepanjang tempoh 12 bulan tahun lalu mencatat penurunan dengan 149 kes dilaporkan berbanding 161 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
TUDM hantar 8 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.
![Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654177993_TBROSMAHCOURT.jpg)
Kerajaan mohon gantung keputusan pelarasan pencen pesara, kiraan ambil masa
Kerajaan memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman berhubung pelarasan bayaran pencen pesara.
![Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739182022_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.
![Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739109227_HasbieMuda.jpg)
Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.
![OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738845163_TBOKUSAMPAH.jpg)
OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
![Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737174452_PukulOKU.jpg)
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
![KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737384327_KPKTTanahMerah.jpg)
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
![Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737377316_TBpukuloku.jpg)
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
![Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736418658_FadzliMohamadKamal.jpg)
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
![15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000 15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734441182_tbDatukParangAbai.jpg)
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
![3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM 3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731582027_TBUzir.jpg)
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.