PASIR MAS: Kerajaan Kelantan menyediakan Subsidi Rumah Sewa sebanyak RM300 selama enam bulan kepada mangsa banjir termenung di kawasan yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata setakat ini 58 keluarga sudah dikenali pasti dari Kampung Gual To'Deh, Kampung Tersang dan Kampung Lachang di Rantau Panjang, Pasir Mas, yang bakal menerima manfaat tersebut.
"Pemilihan penerima subsidi ini dilakukan melalui tapisan ketua kampung serta pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan ahli Parlimen berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.
"Subsidi ini diberi selama enam bulan ketika musim tengkujuh berlaku pada setiap tahun bermula 2023 hingga 2026," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Kunci 10 Rumah 'Home2Live' di Pusat Latihan dan Aktiviti Komuniti Rantau Panjang di sini hari ini.
Ahmad berkata subsidi itu diberikan bertujuan membolehkan penerima menyewa kediaman lain yang bebas banjir selama enam bulan sebelum kembali ke kediaman masing-masing.
"Kita amat prihatin dengan nasib keluarga yang terlibat banjir akibat projek PLSB dan saya berharap bantuan yang diberikan ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk meringankan beban mereka," katanya.
Terdahulu, Ahmad menyerahkan 10 kunci rumah 'Home2Live' kepada penerima asnaf di Rantau Panjang yang disumbangkan Muslim Care Malaysia Society dengan peruntukan berjumlah RM600,000.
"Kesemua rumah berkenaan dibina serentak bermula Oktober tahun lepas dan siap sepenuhnya pada Januari sebelum diserahkan kunci kepada penerima iaitu dalam kalangan asnaf termasuk mangsa kebakaran.
"Pemilihan penerima rumah 'Home2Live' dilakukan dengan kerjasama pejabat DUN dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Ahmad berkata subsidi itu diberikan bertujuan membolehkan penerima menyewa kediaman lain yang bebas banjir selama enam bulan sebelum kembali ke kediaman masing-masing. - Gambar fail/Bernama
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.

Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.

PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.

Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.