KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi perhatian dan keutamaan kepada pembangunan semula Pasar Dato Keramat, di sini yang dilihat sangat daif.
Anwar berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada kepada Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.
"Pasar Dato Keramat ini saya tengok masalahnya dahulu DBKL bagi kepada syarikat swasta, (tetapi) gagal. Jadi, DBKL baru ambil balik dan saya fikir kita perlu beri perhatian kerana keadaannya sangat daif.
"Insya-Allah saya telah beritahu Datuk Seri Johari dan Datuk Bandar pun ada di sini. Kita beri perhatian serta keutamaan sebab saya rasa tak boleh bertahan secara begitu, sangat daif," kata Anwar ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas'ud, Jalan Damai di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Pasar Dato Keramat dan medan selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini.
Perdana Menteri berkata medan selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz pula kini dalam proses naik taraf dan dijangka siap sebelum Oktober ini.
Sementara itu, Johari berkata isu melibatkan pemaju terdahulu yang sepatutnya membangunkan Pasar Dato Keramat telah selesai kerana pihak berkenaan sudah menyerahkan semula tanah itu kepada DBKL dan menerima pulangan deposit.
"DBKL dahulu telah jualkan tanah kepada pemaju yang berjanji hendak membangunkan Pasar Dato Keramat, namun selepas enam tahun ia masih belum dibuat.
"Bila tak buat, DBKL nak buat pun tak boleh, nak baiki pun tak boleh, sebab dia (pemaju) dah bayar 10 peratus tak silap saya. Jadi, lepas saya jadi wakil rakyat, saya desak DBKL tarik balik (penjualan tanah)," katanya.
Beliau berkata kini terpulang kepada DBKL untuk mengambil langkah seterusnya bagi menjalankan usaha untuk menaik taraf pasar berkenaan.
Turut hadir pada program hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan ke gerai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz hari ini. - Foto Bernama
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Lawatan kerja ke UK: PM bakal adakan pertemuan dengan Keir Starmer
Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer di No. 10, Downing Street pada 15 Januari.
Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE
Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.