Skip to main content

Malaysia

PM Anwar makan tengah hari, santuni masyarakat di restoran salai Alor Gajah

ALOR GAJAH, 7 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai sebelum makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Sultan Salai dekat Simpang Ampat hari ini.  —fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai sebelum makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Sultan Salai dekat Simpang Ampat, Alor Gajah, hari ini. —fotoBERNAMA
Advertisement

ALOR GAJAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa makan tengah hari bersama-sama masyarakat di Restoran Sultan Salai Taboh Naning di sini.

Ketibaan Anwar pada kira-kira 12.30 tengah hari, disambut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Sepanjang kira-kira 30 minit berada di restoran itu, Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan para peniaga dan lebih 100 pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersalaman serta merakam swafoto bersama beliau, termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Anwar turut menikmati pelbagai hidangan masakan salai yang menjadi antara makanan ikonik dan tarikan di kawasan Taboh Naning.

Sejurus selesai makan tengah hari, beliau beredar ke Masjid Ar-Rasyidin, di sini bagi menunaikan solat Jumaat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement