IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di sini bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Taman rekreasi berkeluasan 1.1 hektar itu merupakan kawasan lapang yang siap dinaik taraf pada Januari lepas dengan kemudahan antaranya taman permainan kanak-kanak, gelanggang serba guna dan trek larian melibatkan kos hampir RM500,000.
Pembangunan kawasan berkenaan mengekalkan pokok-pokok matang sedia ada bagi membentuk persekitaran hijau dan mampan.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara Mansor Mohamad berkata pembangunan enam lokasi Taman Rekreasi MADANI di Perak sedang dalam peringkat perolehan manakala enam lagi dalam proses pemilihan tapak.
"Ia menyediakan kemudahan rekreasi untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga ke orang tua seperti padang dan stesen kecergasan serta diharapkan masyarakat boleh membudayakan hidup sihat dalam konsep Taman Rekreasi MADANI," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
Terdahulu Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan cek peruntukan RM11 juta bagi pelaksanaan projek-projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di negeri Perak tahun ini.
Cek peruntukan itu disampaikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) menandatangani plak tanda simbolik Perasmian Taman Rekreasi Madani Woodlands di Bandar Baru Tambun hari ini. - Foto Bernama
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.