KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju supaya penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) diperluas kepada projek-projek kerajaan dan swasta.
BIM ialah proses penyediaan dan pengurusan model tiga dimensi (3D) berinformasi dalam kitar hayat pelaksanaan sesebuah projek, dengan model digital ini digunakan oleh pelbagai pihak untuk tujuan tertentu bagi meningkatkan tahap keberkesanan pengurusan aset menyeluruh.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu dipersetujuinya sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) Bilangan 1 Tahun 2024, yang bertanggungjawab memutuskan strategi pelaksanaan dan hala tuju pelaksanaan pembangunan negara.
Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata beliau telah menekankan mengenai beberapa perkara berkait kelewatan pelaksanaan projek dan perlu diatasi dengan berhemah melalui perubahan proses kerja serta penggunaan teknologi-teknologi baharu.
"Pada tahun ini, saya mengharapkan agar perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projek serta program pembangunan kerajaan berjalan lancar berdasarkan perancangan secara bersepadu.
"Saya juga amat berpuas hati dengan pencapaian prestasi pembasmian kemiskinan yang menunjukkan penurunan yang drastik," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Perdana Menteri dalam hantaran sama berkata semua kementerian, agensi dan pihak-pihak berkepentingan perlu bergerak seiring, secara terancang dan bersepadu.
"(Ia) bagi memastikan pencapaian dan keberhasilan perancangan dan pelaksanaan projek serta pembangunan negara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Anwar berkata beliau telah menekankan mengenai beberapa perkara berkait kelewatan pelaksanaan projek dan perlu diatasi dengan berhemah melalui perubahan proses kerja serta penggunaan teknologi-teknologi baharu. - Gambar FB Anwar Ibrahim
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Khazanah catat keuntungan RM5.1 bilion
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Gencatan Senjata: Sengasara rakyat Palestin mencari sesuap makanan, seteguk air bersih
Penduduk Palestin di Jabalia menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih ketika bantuan kemanusian sukar mencapai kawasan berkenaan yang telah musnah akibat serangan Israel.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
67 mayat mangsa nahas helikopter-pesawat di Washington D.C. ditemukan
Pasukan penyelamat berjaya menemukan kesemua 67 mayat mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan sebuah helikopter dan pesawat penumpang di Washington D.C. minggu lalu.
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
PM Anwar setuju penggunaan BIM diperluas kepada projek kerajaan dan swasta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju supaya penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) diperluas kepada projek-projek kerajaan dan swasta.