Skip to main content

Malaysia

PM Anwar terima pingat kebesaran kerabat Brunei

Pingat; PM Anwar, Sultan Brunei
Darjah itu merupakan pingat tertinggi Negara Brunei kepada pemimpin-pemimpin negara asing. - Astro AWANI
Advertisement

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kurnia Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Sabtu.

Istiadat pengurniaan darjah yang membawa gelaran Dato Laila Utama diadakan di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Brunei selama dua hari.

Darjah itu merupakan pingat tertinggi Negara Brunei kepada pemimpin-pemimpin negara asing.

Turut hadir pada istiadat pengurniaan darjah tersebut ialah Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah;  Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan rasmi Perdana Menteri itu juga adalah bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) antara kedua-dua negara.

Selepas istiadat pengurniaan darjah tersebut, Anwar mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah isu jerebu rentas sempadan; persempadanan darat dan laut, sektor tenaga, serta kemudahan laluan bagi penduduk Brunei ke Sarawak dan Sabah.

Kedua-dua pemimpin kemudian menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) berkaitan pengurusan bencana, sebagai langkah memperkukuh kerjasama kedua-dua negara dalam aspek keselamatan dan bantuan kecemasan.

 

Must Watch Video

Advertisement