PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) atas sokongan kepada usaha kerajaan menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada NCCIM atas dorongan yang diberikan dalam menyelaraskan dan memahami dasar kerajaan di samping memperkasakan rakyat.
Ucapan itu turut diberikan susulan sokongan dewan perniagaan itu dalam setiap lawatan, tanpa pengecualian, ke negara asing untuk menggalakkan pelaburan baharu, kata beliau.
"Usaha oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi kerajaan lain tidak mungkin berjaya tanpa sokongan penuh NCCIM," kata beliau pada majlis makan malam gala ulang tahun ke-62 NCCIM di sini, pada Khamis.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan mempertimbangkan cadangan baharu dan saranan NCCIM yang melibatkan antaranya peralihan tenaga, pendidikan, transformasi digital, pembinaan kapasiti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta jaminan makanan.
Cadangan itu ialah mewujudkan dana alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara untuk mencapai Karbon Sifar Bersih pada 2050.
Satu lagi cadangan adalah untuk menubuhkan dana perantisan bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kebangsaan bertujuan meningkatkan latihan vokasional, dengan Suruhanjaya TVET sebagai badan tunggal untuk mengurus dan mengawal pembangunan TVET.
Dalam pada itu, Anwar berkata pada masa ini, kerajaan memperbaiki kelemahan yang ada antaranya mempercepat kelulusan pelaburan di samping melakukan penyesuaian yang perlu agar program yang dirangka dapat dijalankan dengan lebih lancar.
"Saya sentiasa menekankan keperluan dan pengiktirafan kepada usaha rakan domestik kita kerana tanpa pautan dan ekosistem yang dibina oleh perusahaan domestik kita, adalah sukar untuk menggalakkan pelaburan asing masuk ke Malaysia.
"Jadi, peranan anda (NCCIM) adalah penting dan utama untuk memastikan kejayaan Ekonomi MADANI," kata beliau.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sumbangan kepada NCCIM itu adalah kali pertama dalam tempoh empat tahun.
"Terdapat kira-kira 700,000 syarikat di bawah NCCIM yang banyak membantu kerajaan dalam misi pelaburan dan perdagangan.
"Mereka juga menjadi jambatan antara kerajaan dan syarikat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Anwar (tiga, kiri) menerima cenderahati pada Malam Gala Tahunan NCCIM ke-62 di sebuah hotel malam ini. - Gambar Bernama
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.

Kerajaan digesa pastikan pelaksanaan inisiatif diumum dalam Belanjawan 2025 cekap, telus
Kerajaan digesa untuk memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah Belanjawan 2025 adalah cekap dan telus, memandangkan ia memerlukan usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta.

Penyertaan dalam BRICS pelbagaikan diplomasi ekonomi Malaysia - NCCIM
Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membolehkan negara mempelbagaikan diplomasi ekonominya dan mengukuhkan kerjasama melalui inisiatif bersama.

Malaysia berpotensi jadi hab perniagaan untuk Global South - Liew
Malaysia, terutamanya Greater Kuala Lumpur, berpotensi menjadi hab perniagaan atau ibu pejabat serantau untuk Global South, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

PM Anwar umum sumbangan RM 1 juta kepada NCCIM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada NCCIM atas sokongan kepada usaha kerajaan menggalakkan pelaburan domestik dan antarabangsa.

Kerajaan diharap dapat laksanakan cadangan dasar dan inisiatif dengan lebih jelas dan konsisten - NCCIM
NCCIM berharap agar kerajaan dapat melaksanakan semua dasar dan inisiatif yang dicadangkan dengan lebih jelas, sekata dan konsisten.

NCCIM anjur Forum Ekonomi Kebangsaan 2024 pada 9 Mei depan
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) akan menganjurkan Forum Ekonomi Kebangsaan (NEF) 2024 pada 9 Mei depan di Hotel One World di Petaling Jaya, Selangor.

NCCIM cadang penubuhan zon pelaburan industri pertumbuhan tinggi, teknologi tinggi Kemboja-Malaysia
Penubuhan zon pelaburan khas Kemboja-Malaysia boleh memberi peluang untuk Malaysia meningkatkan pelaburan di Kemboja.

E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM
E-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.

Wajibkan sistem upah berkait produktiviti - Ahli Majlis NCCIM
Gesaan itu bertujuan untuk memaklumkan bahawa sistem gaji di Malaysia semakin ketinggalan zaman dan perlu diubah.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.