Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ziarah tiga tokoh ulama dunia Islam

Alhamdulillah wa syukrulillah. Di celah kesibukan jadual harian, saya berkesempatan singgah ke Nasyrul Quran untuk menziarahi tiga tokoh ulama’ besar dunia Islam yang sedang berada di Malaysia. Mereka ialah: • Tokoh Ulama Hadis Mesir, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mustafa al-Nadwi Al-Hasani; • Syeikh Qurra’ Dunia, Al-Fadhil Al-Allamah Al-Muqri’ Syeikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawy; dan • Grand Custodian bagi Wakaf Masjid dan Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Fadhil  Al-Syeikh Maulana Al-Sa
Perdana Menteri berkesempatan singgah ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya untuk bertanya khabar, memohon nasihat serta doa daripada ketiga-tiga tokoh berkenaan. - Foto FB Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi tiga tokoh ulama besar dunia Islam yang kini berada di Malaysia, di sebalik kesibukan jadual hariannya.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata beliau berkesempatan singgah ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya untuk bertanya khabar, memohon nasihat serta doa daripada ketiga-tiga tokoh berkenaan.

Mereka ialah Tokoh Ulama Hadis Mesir, Syeikh Dr Mustafa al-Nadwi Al-Hasani;  Ulama al-Quran, Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawy; dan Pemegang Amanah Utama bagi Wakaf Masjid dan Maqam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Al-Syeikh Al-Sayyid Afeefuddin Al-Jailani.

“Saya gunakan kesempatan ini untuk bertanya khabar, memohon nasihat dan doa, serta merakamkan penghargaan atas kesudian mereka hadir berkongsi ilmu dan hikmah, di samping menyemarakkan syiar Islam di tanah air,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan tersebut pada Rabu.

Dalam masa sama, Anwar berharap kunjungan para ulama itu menjadi faktor pertambahan ilmu, keberkatan dan kecintaan terhadap agama, selain memperkukuh usaha membina masyarakat yang berakhlak, berilmu serta hidup dalam keharmonian.
 

Must Watch Video

Advertisement