Skip to main content

Malaysia

PM arah KESUMA segerakan proses 15,000 permohonan pekerja asing

 JOHOR BAHRU, 7 Julai -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meninjau kemudahan di Pusat Media Pilihan Raya dan Pusat Operasi Bernama sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memastikan operasi liputan berita berjalan lancar serta capaian Internet berkelajuan tinggi berfungsi dengan baik untuk para pengamal media    β€”fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Fahmi berkata perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai langkah memastikan keperluan tenaga kerja sektor berkaitan dapat dipenuhi, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara. - gambar fail/ BERNAMA
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) diarahkan menyegerakan pemprosesan 15,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor yang memerlukan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai langkah memastikan keperluan tenaga kerja sektor berkaitan dapat dipenuhi, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum isu permohonan pekerja asing dan meminta KESUMA segera menguruskan permohonan berkenaan.

"Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) memohon supaya pihak KESUMA segera menguruskan 15,000 permohonan warga pekerja asing yang pertama.

"Ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja sektor-sektor yang terlibat dan secara langsung menyokong aktiviti ekonomi dalam negara kita," katanya pada sidang media mingguan pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini, pada Rabu. 

Media sebelum ini melaporkan Pengurusan Pusat Setempat atau One Stop Centre (OSC) bagi pekerja asing akan diletakkan sepenuhnya di bawah KESUMA selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang dipersetujui 1 Julai lalu.

Must Watch Video

Advertisement