Walaupun sibuk dengan jadual lawatan kerja ke Kedah hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempat meluangkan masa bersarapan dengan penduduk di Medan Selera, Alor Merah di sini pagi ini.
Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut ribuan orang ramai yang berada di medan itu yang kelihatan cukup teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.
Turut hadir bersarapan bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Osman Aroff.
Antara sajian yang dihidangkan kepada mereka ialah teh tarik, kopi O, ubi kayu bersama kelapa parut dan roti Arab.
Seorang peniaga, Rokshanah Ibrahim, 53, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran perdana menteri kerana ia merupakan kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat.
"Hampir dua minggu kami membuat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan lebih 200 biji roti Arab untuk hidangan kepada mereka yang hadir hari ini," katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.
Najib dijadual menghadiri majlis meraikan komuniti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Sungai Petani pada pukul 11 pagi sebelum ke program bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil pada 3.35 petang. --Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ketika bersarapan pagi bersama penduduk setempat di Medan Selera Alor Merah hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga,kiri). --fotoBERNAMA
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
Pembinaan semula Gaza dianggar 1 trilion dolar
Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama Persidangan mengenai CEAPAD, memfokuskan pada pembangunan semula Gaza.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Kabinet Israel telah meluluskan perjanjian dengan kumpulan pejuang Palestin, Hamas, untuk melaksanakan gencatan senjata serta pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza.
TikTok mula ditutup di AS esok kecuali jika Biden campur tangan
TikTok menyatakan perkhidmatannya akan dihentikan di Amerika Syarikat pada Ahad ini jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberikan jaminan.
Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keraguan terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Akauntan rugi RM460,888 terpedaya pelaburan Bitcoin
Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang akauntan, mendakwa dirinya ditipu satu pelaburan Bitcoin bernama 'Pfou' yang disertainya Julai lalu.
Malaysia ketengah tiga tonggak utama di pemukiman Menteri Luar
Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ia bermatlamat memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Imran Khan,isteri dipenjara, bersalah kes rasuah tanah
Mahkamah anti-rasuah di Pakistan pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas bekas Perdana Menteri Imran Khan atas tuduhan rasuah tanah.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.