PUTRAJAYA: Perdana Menteri China, Li Qiang, yang dalam rangka kerja ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Li, yang tiba di Malaysia malam tadi, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 9.30 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Li kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.
Turut hadir pada majlis tersebut, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Li dan Anwar kemudiannya mengadakan pertemuan dua hala untuk membincangkan hal berkaitan hubungan antara Malaysia dan China serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin itu turut dijadual menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama.
Ia termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.
Li yang memegang jawatan itu pada Mac tahun lepas tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 8.44 malam tadi.
Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan Malaysia terbesar bagi 15 tahun berturut-turut sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).
Hasimi Muhamad
Wed Jun 19 2024

Li ketika memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad. - Astro AWANI

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.

Anwar berhadapan jadual padat pada hari kedua lawatan kerja ke Shanghai
Hari ini Anwar akan memulakan harinya dengan berucap pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7.

PM Anwar lakukan lawatan kerja empat hari ke China mulai 4 Nov
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov 2024, atas jemputan daripada rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa Chi

ASEAN, China setuju selesaikan konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik - PM Anwar
Perkara itu dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang menyaksikan kedua-dua pihak sepakat untuk mengelakkan sebarang tindakan keganasan

Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju selesai isu Laut China Selatan secara aman
Kedua-dua negara menegaskan rundingan perlu dilakukan mengikut prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara umum.

Kenyataan bersama: Malaysia-China mahu rakyat Gaza dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang menyeru bantuan kemanusiaan tanpa halangan dan perlindungan bantuan kemanusiaan termasuk kepada kakitangan perubatan.

Kenyataan bersama: Malaysia-China setuju lanjut pengecualian visa
China bersetuju melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025 sementara Malaysia akan melanjutkan pengecualian visa sehingga penghujung 2026.

Kenyataan bersama: Malaysia iktiraf Taiwan tidak boleh dipisah dengan China
Malaysia mengiktiraf bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negara China yang tidak boleh dipisahkan bagi republik itu mencapai penyatuan semula negara itu.

Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.