GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pembangunan baharu yang berteknologi tinggi seperti projek Kereta Kabel Bukit Bendera, tidak melupakan soal alam sekitar dan budaya setempat dalam seni binanya.
Beliau berkata walaupun teknologi moden dengan infrastruktur yang hebat mengagumkan, namun adalah sangat merugikan jika sesuatu pembangunan itu gersang budaya, khususnya di Bukit Bendera yang mempunyai banyak ciri-ciri yang unik.
"Dalam usaha kita mempromosikan Kereta Kabel Bukit Bendera dengan teknologi moden, kita mesti sentiasa mementingkan alam sekitar dan ciri-ciri budaya Pulau Pinang dan Malaysia yang unik supaya ia kekal menarik.
"Projek ini sememangnya mengambil kira aspek persekitaran dalam rancangan pembinaannya, tapi kita juga mahu tekankan tentang budaya supaya ada keindahan dan kelainan dalam bidang seni bina, yang diserasikan dengan kedudukan Pulau Pinang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Kereta Kabel Bukit Bendera di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memuji kerajaan Pulau Pinang yang terus memegang kedudukan penting dalam ekosistem semikonduktor dunia dan menjadi pilihan pelabur asing dalam bidang tersebut.
Sehubungan dengan itu, Anwar berkata kerajaan Persekutuan akan lebih memberi perhatian kepada Pulau Pinang khususnya dalam pembangunan prasarana asas bagi menaikkan keupayaan negeri sebagai pusat industri dan pelancongan yang baik.
"Fokus kerajaan negeri itu betul dan saya harap Pulau Pinang akan terus meningkatkan program latihan dan bersinergi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain.
"Dengan ini keupayaan anak-anak Pulau Pinang dapat diangkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan, sains serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," kata beliau.
Sementara itu, Chow berkata projek mercu tanda yang diilhamkan oleh Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dengan kerjasama Hartasuma Sdn Bhd dan dijangka siap pada suku ketiga 2026 itu menandakan langkah penting dalam usaha kerajaan negeri meningkatkan infrastruktur pelancongannya.
Selain itu, beliau berkata projek tersebut dapat memperbaiki ketersambungan dan akses ke Bukit Bendera, di samping mengubah destinasi bersejarah itu menjadi destinasi yang wajib dikunjungi.
"Pada 2023, Bukit Bendera menerima 1.67 juta pengunjung, menghampiri angka prapandemik iaitu sebanyak 1.9 juta pengunjung pada 2019," kata Chow.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pelancaran projek Kereta Kabel Bukit Bendera hari ini.- Foto Bernama
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Projek Bandar Wakaf di Gaza bukti solidariti Malaysia untuk Palestin - MAPIM
Pembangunan ini merupakan model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Prabowo ambil berat ketika fasa duka lara - PM Anwar
Anwar berkata, Prabowo tidak pernah meninggalkan beliau ketika melalui fasa duka lara beberapa tahun lalu.
Malaysia, Indonesia sepakat teroka aliran baharu sektor minyak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan kerjasama dua syarikat gergasi minyak Petronas dan Pertamina.
Prabowo tiba di Menara Berkembar, adakan pertemuan tertutup dengan PM Anwar
Difahamkan, pertemuan akan membincangkan langkah memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual dengan impak besar - PM Anwar
Ia satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat dan mempunyai dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat Islam.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.