KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
"BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan," katanya.
Pada Rabu, Ismail Sabri berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas dan berikutan itu, telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.
BACA: Bantuan BKC: Kementerian Kewangan beri jaminan bantuan diteruskan
Beliau juga berkata kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
"Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC. - Gambar fail/BERNAMA

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

BKC ringankan beban golongan terkesan pandemik COVID-19
Bantuan berkenaan sangat bermakna untuk golongan berpendapatan rendah yang lazimnya dimanfaatkan untuk kegunaan perbelanjaan harian.

PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-

Bayaran fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 B40, M40 bermula 6, 9 Sept - Tengku Zafrul
Pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat secara berperingkat mulai 6 Sept, 2021 bagi penerima B40 dan 9 Sept, 2021 bagi penerima M40, kata Menteri Kewangan.

Bayaran fasa satu Bantuan Khas COVID-19 mulai 6 Sept
Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept.

Bantuan BKC: Kementerian Kewangan beri jaminan bantuan diteruskan
Kementerian Kewangan memberi jaminan akan meneruskan bantuan-bantuan yang pernah disalurkan kerajaan sebelum ini termasuk Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Pemuda UMNO sampaikan 10 tuntutan rakyat kepada Tengku Zafrul
Ini merupakan pertemuan kedua selepas ikhtiar Pemuda UMNO membawa suara rakyat ini kepada Datuk Seri Ismail Sabri Jumaat lalu.