CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM menerusi TM ONE bagi kerajaan Malaysia di Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) TM di Cyberjaya pada Isnin.
Ia merupakan Rangka Tindakan (Blueprint) ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerusi penyedia perkhidmatan terurus TM.
Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber itu dijangka membolehkan sektor kerajaan memperluaskan perkhidmatan pintar baharu merangkumi pelbagai agensi kerajaan sekali gus memanfaatkan rakyat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar, penggunaan perkhidmatan awan itu bakal menawarkan servis yang lebih baik kepada rakyat di negara ini.
"Ia untuk kerajaan dan rakyat (membolehkan) perkhidmatan awan menampung lebih banyak data (dan) pelbagai perkhidmatan lebih baik dapat diberikan secara lebih terperinci dengan Data Raya (Big Data), Segalanya Internet (IOT) serta Kecerdasan Buatan (AI) menerusi perkhidmatan awan.
"Kami yakin boleh diberikan kerajaan kepada rakyat dari segi keselamatan pemantauan dan sebagainya. Pelbagai lagi perkhidmatan penting contohnya pendidikan dan kesihatan juga ditekankan, dari sudut TM, kami sudah bersedia," katanya ketika ditemui media dalam majlis pelancaran itu.
Mengulas lanjut, Imri berkata, kerajaan melalui strategi 'Cloud First’ turut menyasarkan migrasi 80 peratus data awam ke sistem awan hibrid ini menjelang akhir tahun 2022 sebagai langkah memperkasakan perkhidamatan pengkomputeran awan bagi sektor awam.
Dri sudut keselamatan pula, tambah Imri, TM One Cyber Defence Centre (CYDEC) turut menyediakan pelbagai perkhidmatan keselamatan terurus bertaraf antarabangsa termasuklah perkhidmatan Kepintaran Ancaman Siber Global (CTI), pertahanan Siber Aktif (ACD) dan Pusat Operasi Keselamatan Siber Global (GSOC).
Terdahulu, Perdana Menteri turut mengadakan lawatan di Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) TM.
Turut mengiringi Muhyiddin ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Fareez Azman
Mon Apr 12 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM menerusi TM ONE bagi kerajaan Malaysia di Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) TM di Cyberjaya pada Isnin. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.