PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di sini.
Tayangan khas di Pawagam GSC anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dengan kerjasama SKOP Productions dan Astro Shaws itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ia bersempena Kempen ERAT (Encouraging Responsibility Accountability Trustworthiness) EAIC bagi meningkatkan kesedaran integriti dan usaha membanteras salah laku seperti rasuah serta penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam khususnya golongan penguat kuasa.
Pengerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata berdasarkan prinsip No One Is Above The Law yang menjadi mesej utama filem itu, penguatkuasaan serta pelaksanaan undang-undang harus dilaksana secara adil tanpa prejudis dan kompromi tanpa mengira pangkat atau kuasa.
Beliau berkata selain itu, setiap penjawat awam bermula daripada pemimpin perlu bersikap terbuka dan tidak menutup sebarang kesalahan dalam organisasi bagi meningkatkan kredibiliti serta keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan awam.
"Oleh itu, EAIC berharap lebih banyak karya seni dan filem seumpama Sheriff Narko Integriti akan dihasilkan oleh penggiat seni bagi membuka mata serta mendidik orang ramai khususnya penguatkuasa mengenai kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam menjaga kedaulatan negara dan undang-undang," menurutnya dalam kenyataan sempena tayangan khas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Anwar bersama Dr Wan Azizah dan barisan para pelakon filem Sheriff: Narko Integriti di Pawagam GSC hari ini. - Gambar Bernama
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

FFM33: Filem 'Sheriff Narko Integriti' rangkul Anugerah Khas Filem Box Office
Filem Sheriff: Narko Integriti berjaya menerima Anugerah Khas Filem Box Office pada Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33).

Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar
Kerajaan juga kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni yang mesti disemarakkan.

PM kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti
Katanya, filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguat kuasa dalam negara.

PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di sini.

Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.