KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Beliau juga menyeru pihak industri supaya membuka lebih banyak peluang kerjaya untuk pekerja berilmu dan berkemahiran tinggi ke arah mempertingkat prestasi masing-masing.
"Saya gusar bahawa data menunjukkan 87.5 peratus penyelidik di Malaysia berkhidmat di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan awam berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Singapura di mana 50 peratus dan ke atas penyelidik berada di sektor industri.
"Saya lontarkan cabaran kepada hadirin dan hadirat sekalian sebagai pakar dan ilmuan untuk menjadi pemacu perubahan, bergerak supaya lebih berdaya saing dan mampan, memperkukuh ekosistem STI negara, membangunkan bakat yang sejajar dan memanfaatkan rakyat melalui STI harus menjadi keutamaan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia dan Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia 2023 di sini malam ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Anwar juga berkata beliau menyokong syor di dalam Pelan Hala Tuju Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI) iaitu mewujudkan satu Platform Inovasi Nasional untuk membawa pihak yang mencari penyelesaian serta yang memberikan penyelesaian ke arah mempertingkat prestasi inovasi negara.
Beliau berkata ia penting bagi menghidupkan semula kepercayaan rakyat terhadap STI dalam merealisasikan kemajuan sosioekonomi.
"Komuniti saintifik negara juga harus mengubah cara kerja supaya berorientasikan misi dan menjurus kepada pemberian penyelesaian serta merungkaikan cara untuk laksanakan sesuatu inisiatif secara menyeluruh dan efektif.
"Penterjemahan ilmu, penemuan baharu dan hasil penyelidikan kepada penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi negara serta masyarakat patut menjadi fokus utama ke arah menjana impak positif," katanya.
Perdana Menteri berkata untuk merealisasikan aspirasi STI negara, komuniti saintifik Malaysia perlu berkolaborasi dengan efektif bersama-sama kerajaan, industri dan masyarakat sivil bagi membolehkan negara mencapai sasaran berada di kedudukan antara 30 negara teratas dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2025.
"Saya juga ingin menyarankan supaya semua badan pemikir yang ada di negara ini bersatu di bawah satu perikatan badan pemikir negara dalam memberikan input holistik berpaksikan pemikiran masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI). - Gambar fail/BERNAMA
Filipina sedia bekerjasama dengan ICC berhubung penahanan Rodrigo Duterte
Kerajaan Filipina akan beri respons positif sekiranya ICC mengarahkan Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Rodrigo Duterte.
Waspada 'hotspot' angin lintang di PLUS risiko sebabkan kemalangan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya lebih berwaspada di dua lokasi kawasan angin lintang di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) yang berisiko mengakibatkan kemalangan.
Polis Selangor sahkan kes tembakan di Tanjung Rhu melibatkan APMM, warga asing
Polis Selangor mengesahkan satu laporan polis yang diterima oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Langat daripada pengadu seorang pegawai perubatan yang bertugas di zon merah jabatan kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang.
Kemelesetan dunia dielakkan, inflasi susut: WEF 2025 di Davos Fokus pada kerjasama global
Pemimpin ekonomi dunia berkumpul di World Economic Forum (WEF) 2025 untuk membincangkan cabaran global. IMF Chief Kristalina Georgieva memuji kejayaan menurunkan inflasi tanpa kemelesetan, sementara Presiden ECB Christine Lagarde menekankan kepentingan institusi antarabangsa dan perdagangan terstruktur. Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menyeru usaha mengelak pemecahan dunia menjadi blok ekonomi.
Kapten Manchester City, Kyle Walker sertai Milan secara pinjaman
Nilai perpindahan Walker dianggarkan sekitar 4.2 juta pound (RM24.8 juta).
Rekod penduduk tinggalkan New Zealand cecah paras tertinggi
Bilangan penduduk meninggalkan New Zealand mencatatkan rekod tertinggi dalam tempoh 12 bulan sehingga November 2024.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Fenomena ini mencerminkan kelemahan ekonomi negara tersebut yang mengalami kemelesetan teknikal pada suku ketiga tahun lalu.
Topi ‘Canada Is Not For Sale’ tular
Ancaman lisan Donald Trump terhadap Kanada telah mencetuskan idea kreatif seorang usahawan, selepas pendekatan konfrontasi presiden baharu Amerika Syarikat itu menginspirasikan tindakan balas simbolik.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Liam Mooney, pengasas firma reka bentuk di Ottawa, mencipta topi dengan slogan "Canada is Not for Sale" sebagai respons kepada ancaman tarif Trump dan cadangan bahawa Kanada menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Israel tangguh pengunduran tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel dijangka melebihi tempoh 60 hari pengunduran seperti dalam gencatan senjata. Netanyahu dakwa perjanjian belum dilaksana sepenuhnya oleh Lubnan.
Arab Saudi usaha hapus sekatan ekonomi Syria
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, seru kerjasama antarabangsa untuk membatalkan sekatan ekonomi Syria demi aliran pelaburan dan pembangunan semula negara itu.
Putin sedia berunding dengan Trump, seru penyelesaian perang
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Presiden AS, Donald Trump, mengenai isu penting, termasuk perang Ukraine, bergantung kepada pentadbiran AS.
PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).