Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang memegang portfolio menteri bukanlah satu percanggahan terhadap manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).
"Saya fikir ia tidak bertentangan (dengan manifesto). Pada pemahaman saya, Perdana Menteri bukan satu portfolio," katanya.
Pada Khamis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan dirinya sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.
"Perdana Menteri secara amnya menguruskan negara, begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan portfolio," kata Anwar kepada akhbar The Star.
Sebahagian daripada Janji 12 dalam manifesto Pakatan Harapan menyatakan bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama Menteri Kewangan.
Sementara itu, diminta mengulas perkara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, isu ini akan dibincangkan bersama pimpinan tertinggi PH dalam tempoh terdekat.
"Saya akan membawa perkara ini ke peringkat tertinggi kepemimpinan PH. Seingat saya, manifesto yang kami setuju bersama sebelum ini membabitkan Perdana Menteri tidak boleh memegang portfolio kewangan.
"Saya akan semak semula manifesto PH. Kepemimpinan PH akan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini," beliau dipetik berkata.
BACA: Hanya satu jawatan untuk Perdana Menteri, jika PH berjaya tubuh kerajaan
Pada April, Majlis Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan bersama berkata Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama jawatan Menteri Kewangan sekiranya PH menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Astro Awani
Fri May 18 2018
Anwar berkata jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bukan portfolio kerana jawatan itu secara amnya menguruskan negara. - Gambar fail
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM pegang dua jawatan tidak bercanggah manifesto PH - Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan dirinya sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.