SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertindak segera tangani kes rasuah, yang menjadi tonggak perjuangannya selama ini.
Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, sekiranya Anwar tidak segera bertindak, rakyat akan beranggapan ia hanya retorik politik yang semata-mata untuk meningkatkan imej politiknya.
Ini kerana katanya, rakyat di negara ini sudah lama berhadapan dengan kes-kes ketirisan dan rasuah terutama melibatkan orang politik.
"Anwar sering mengetengahkan isu amalan rasuah dan kepincangan pemimpin politik dalam isu memunggah kekayaan negara. Kini Anwar masih lagi mengetengahkan isu ini dalam majlis rasmi beliau tetapi belum ada satu tindakan yang berani dan konkrit," katanya kepada Sinar Harian.
Sekiranya masih tiada tindakan konkrit yang diambil terhadap kes-kes rasuah katanya, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap beliau.
"Bagi mendapatkan keyakinan rakyat, Anwar perlu bertindak tegas terhadap gejala ini dan tidak boleh bertolak ansur. Tindakan susulan perlu diambil segera olehnya kerana sebagai Perdana Menteri, beliau perlu memastikan amalan ini dihentikan dan segala yang didedahkan dapat tindakan segera dan menyeluruh," katanya.
Anwar dalam majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023, Masjid Putra, Putrajaya, pada Ahad menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya ingin membawa pelbagai perubahan kepada negara.
Anwar dilaporkan berkata, komitmennya untuk membendung masalah rasuah yang dikatakan masih lagi dilakukan oleh kelompok kecil dalam kerajaan.
Beliau juga akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil itu kerana ia boleh mencemarkanimej Kerajaan Perpaduan.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah kekayaan."
Sementara itu, Awang Pawi berpendapat, Anwar boleh melaksanakan pendekatan itu melalui tindakan segera menerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Agensi ini misalnya perlu lebih proaktif bagi memastikan siasatan dan tindakan tegas dapat diambil termasuk tangkapan reman dan proses mahkamah.
"Menangguhkan tindakan tegas akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan akan terjejas dan populariti kerajaan perpaduan akan menurun," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023
Sekiranya masih tiada tindakan konkrit yang diambil terhadap kes-kes rasuah, kata Awang Azman, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap Anwar. - Gambar fail/BERNAMA
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Lawatan kerja ke UK: PM bakal adakan pertemuan dengan Keir Starmer
Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer di No. 10, Downing Street pada 15 Januari.
Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE
Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.