KUALA LUMPUR: Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani permasalahan dan hala tuju masyarakat India dalam negara cukup konsisten dari masa ke semasa, dan sentiasa mengutamakan kejayaan dan kemajuan segala program berkaitan kaum India.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R.Ramanan berkata Perdana Menteri mahukan segala program berkaitan kaum India "diperkasakan dan ditambah nilai".
"Justeru kita melancarkan Program SPUMI Goes Big - Tambahan RM30 juta, Pemerkasaan Wanita India melalui Amanah Ikhtiar Malaysia-Tambahan RM50 juta, dan yang terbaru BRIEF-I melalui Bank Rakyat - RM50 juta.
"Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan peruntukan tambahan RM130 juta secara keseluruhan untuk komuniti India di negara ini, dalam tempoh empat bulan lepas sahaja," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Ramanan berkata ini meliputi tambahan RM50 juta bagi Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Selain itu kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
"SPUMI sejak 2008 hingga 2024 tidak pernah ada penambahan dana. Namun hari ini kerajaan memperuntukkan RM60 juta (secara keseluruhan) untuk SPUMI.
"Sebelum ini dana untuk usahawan wanita India (PENN) hanya RM20 juta tetapi hari ini Kerajaan MADANI bagi RM70 juta iaitu tambahan RM50 juta," katanya.
Beliau berkata hanya Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri yang menunjukkan keprihatinan dan telah memberikan peruntukan yang besar kepada masyarakat India di Malaysia, berbanding kerajaan terdahulu.
Justeru beliau meminta kaum India untuk memanfaatkan peruntukan yang dikhaskan kepada mereka itu, supaya tidak ada golongan yang tercicir.
Ramanan berkata 25,559 usahawan masyarakat India telah mendapat pembiayaan di bawah Skim SPUMI bernilai RM45.7 juta di seluruh negara sejak 2008 hingga Mei 2024.
Mengenai Skim SPUMI Goes Big pula beliau berkata 67 permohonan bernilai RM2.78 juta daripada 106 permohonan diterima sejak dilancarkan pada 3 April telahpun diluluskan, manakala 30 permohonan sedang diproses.
"Semua penambahbaikan skim itu merupakan langkah bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat, sekali gus merealisasikan transformasi sosioekonomi negara," katanya.
Ramanan berkata Kerajaan Perpaduan sedang melakukan perubahan besar untuk masyarakat India, dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif serta program bagi kaum minoriti itu.
Beliau berkata Perdana Menteri mahukan masa depan masyarakat India khususnya dalam sektor ekonomi diperkasakan lagi dan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memberikan keutamaan kepada program bantuan pembiayaan kewangan.
"Setiap kali setelah sesuatu program dirancang, saya mendapatkan sokongan daripada Menteri KUSKOP Datuk Ewon Benedick sebelum diangkat dan dipersembahkan kepada Perdana Menteri untuk kelulusan. Beliau sentiasa sokong dan bantu," katanya.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR turut menyelar tindakan sekumpulan individu yang dilihat 'mempergunakan' kaum India sebagai modal politik untuk kepentingan politik yang terlalu 'desperado '.
Beliau menasihatkan komuniti India supaya tidak cepat 'terpedaya' dengan segala permainan politik fanatik berbaur fitnah di sosial media yang semakin berleluasa dan mendapatkan maklumat yang sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Ramanan berkata Perdana Menteri mahukan segala program berkaitan kaum India "diperkasakan dan ditambah nilai". - Gambar fail/Bernama
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739322953_minyakmasakpaket.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak
Jika T20 tidak lagi diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, kerajaan boleh menjimatkan sebanyak RM15 bilion hingga RM17 bilion.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.
![[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI [KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.

Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.

Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.

Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.

'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).