KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.
"Selamat menduduki peperiksaan SPM. Selamat maju jaya," katanya menerusi satu poster dalam hantaran itu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan SPM 2022 dilaksana dari 30 Jan hingga 15 Mac depan membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.
Kenyataan itu menyebut seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan di antara 20 Feb hingga 15 Mac.
Menurut KPM, seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

10,000 daripada hampir 30,000 calon tidak duduki SPM 2022 daftar ulangan
Sebanyak 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah mendaftar untuk ulangan peperiksaan itu pada tahun ini.

1,106 calon SPM 2022 di Perak tidak duduki peperiksaan - Exco
Menurut Khairudin, isu keciciran pelajar SPM bukan berlaku pada 2022 sahaja tetapi berlarutan setiap kali ia dilaksanakan sebelum ini.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

21 klien AADK lulus SPM
Kesemua klien yang lulus SPM 2022 berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi seperti di IKM, ILP, IKBN, GiatMara dan politeknik.

Prestasi SPM 2022: Mata pelajaran Sejarah tunjuk prestasi tertinggi
Mata pelajaran Sejarah menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi, iaitu sebanyak 0.23 mata.

Keputusan SPM 2022: Lebih 10,000 calon peroleh semua A
Keputusan Gred Purata Nasional bagi SPM tahun 2022 dilaporkan lebih baik daripada tahun 2021, dengan gred purata 4.74 berbanding 4.86 pada tahun 2021.

PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.

'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: 'Topik aneh bukan sesuatu baharu' - Presiden PAGE
Terdahulu, topik 'Perkahwinan Idaman' bagi ujian lisan pelajar SPM 2022 mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan warganet.

'Perkahwinan Idaman' soalan lisan SPM 2022: Bukan saya mahu pertikai silibus...' - Dr Sheikh Muszaphar
Dr Sheikh Muszaphar, berkata terdapat banyak lagi topik lagi yang boleH dijadikan sebagai perbincangan untuk menilai tahap kecerdasan minda.